Kata Aluan KPP Jalan

Assalamualaikum Warahmatullah

Saya terlebih dahulu mengucapkan syabas kepada Bahagian Jalan JKR Johor kerana mengadakan laman webnya sendiri.

Walaupun laman web Bahagian Jalan ini adalah sebahagian dari laman web induk JKR Johor, tetapi ia memainkan peranan yang agak penting untuk memberi maklumat aktiviti dan tugas Bahagian Jalan disamping memberi maklumat pelawaan dan jadual keputusan tender secara 'on-line' kepada orang ramai.

Dengan adanya laman web ini, ia akan memudahkan dan mempercepatkan lagi Kontraktor-kontraktor mendapat akses maklumat pelawaan dan jadual keputusan tender yang dikendalikan oleh JKR Johor. Adalah diharapkan pada masa akan datang laman web ini memberi impak yang lebih berkesan kepada Bahagian Jalan JKR Johor dan juga semua tender-tender Kerajaan boleh dipelawa, diberi dan dihantar secara 'on-line'.

Kerjasama pegawai dan kakitangan Bahagian Jalan JKR Johor dalam menjayakan dan mewujudkan laman web ini adalah sangat-sangat dihargai.

Selamat maju jaya.

Sekian.
( Ir Mohd Nasir Bin Bontat )
Ketua Penolong Pengarah Kerja Raya (Jalan), JKR Johor.

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 03 Jun 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web