Kata-Kata Aluan KPP Pengurusan Korporat

Assalammualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan ruang dan masa kepada kita dalam menyediakan kemudahan sebagai alternatif kepada para pelanggan khususnya dalam mendapatkan maklumat terkini mengenai Jabatan Kerja Raya, Negeri Johor. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Bahagian Pengurusan Korporat, JKR Johor yang telah berusaha dan memberikan bantuan menghasilkan sebuah Laman Web Bahagian.

Selain itu, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Penyelaras Laman Web, JKR Negeri Johor yang banyak memberikan tunjuk ajar dan maklumat dalam menghasilkan sebuah jentera maklumat yang tidak ternilai ini. Saya mewakili Bahagian Pengurusan Korporat, JKR Johor akan senantiasa memastikan Laman Web Bahagian memberikan maklumat dan perkhidmatan yang terbaik.

Sekian, terima kasih.

HAJAH NORAYAH BINTI BAKRI
Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan Korporat)
Jabatan Kerja Raya Johor