Kata Aluan Pengurus Besar Kanan

DSCN1009

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada mereka yang telah banyak memberikan sumbangan, sokongan dan komitmen yang tinggi sama ada secara langsung atau secara tidak langsung untuk penambahbaikan laman web ini khususnya bagi Bahagian Senggara Aset Negeri JKR Johor.

Penjawat awam perlu memperkembangkan kemahiran dan pengetahuan seiring dengan kemajuan teknologi yang kini semakin pantas membangun. Justeru, penggunaan laman web dalam proses kerja semasa Jabatan Kerja Raya dapat meletakkan jabatan ini sebaris dengan jabatan-jabatan lain dan juga sektor swasta.

Dengan adanya laman web ini, ianya akan dapat memudahkan dan mempercepatkan segala urusan Jabatan secara maya khususnya dalam menyebarkan maklumat dan aktiviti-aktiviti Jabatan kepada pelanggan dan orang awam.

Sekian, Terima Kasih.

Hj Mohammad Kamal Bin A.Rahman
Pengurus Besar Kanan (Projek Khas)
Bahagian Senggara Aset Negeri
JKR Johor