Kata Aluan KJEN

Assalamualamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Halaman Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kerja Raya Negeri Johor.

Kami menyediakan Perundingan Teknikal, Pengurusan Projek dan Pengurusan Penyelenggaraan yang komprehensif, Perkhidmatan Perundingan tersebut meliputi pembangunan infrastruktur dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Elektronik, Telekomunikasi & Multimedia dan Teknologi Maklumat.

Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Johor berazam dan berusaha member perkhidmatan yang terkini dan terbaik selaras dengan objektif dalam memastikan pembangunan infrastruktur dan kemudahan disiapkan mengikut masa dan kualiti yang ditetapkan serta kos yang kompetitif.

Halaman ini diwujudkan untuk memudahkan penyebaran, perkongsian dan akses maklumat dikalangan warga kerja Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Johor dengan lebih cekap dan berkesan. Antara lain, halaman web kami memaparkan maklumat mengenai Organisasi dan Panduan Kerja yang berbentuk Arahan Berteknik, Pekeliling KPKR, Sistem Pengurusan Kualiti, Malaysian Standards, Akta Bekalan Elektrik dan panduan lain. Kami berharap maklumat yang dipaparkan akan memberi manfaat kepada semua warga Caw. Kejuruteraan Elektrik JKR Johor.

 

MD. YAZID BIN ARIS
Ketua Jurutera Elektrik Negeri
Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor
JKR Johor.