Taklimat Produk Surge Protection Device (SPD) oleh Wise Pro Sdn. Bhd.

Wise Pro Sdn. Bhd. telah hadir ke Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor bagi mengadakan taklimat produk Surge Protection Device (SPD) pada 29 Oktober 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat CKENJ. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan produk syarikat tersebut selain berkongsi maklumat berkenaan spesifikasi dan standard yang digunakan untuk produk SPD tersebut. Taklimat ini telah dihadiri oleh warga kerja teknikal CKENJ dan diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Penolong Pengarah Kanan Elektrik, Tn. Hj. Mohd Rashid Bin Ishak.