Fungsi Jabatan

Perkhidmatan Perundingan Teknikal (Rekabentuk & Perolehan)

  • Merancang, merekabentuk dan mengurus perolehan bagi projek-projek kerajaan
  • Memberi khidmat nasihat teknikal kepada agensi kerajaan yang lain.

Pengurusan Projek (Pengurusan Tapak Bina Pemasangan Elektrik)

  • Merancang, mengurus, menyelaras, menyelia serta mengawal peringkat pelaksanaan pembinaan projek mengikut, jangkamasa dan kos yang ditetapkan.

Pengurusan Fasiliti Aset (Pengurusan Penyelenggaraan Fasiliti Elektrik)

  • Melaksanakan kerja-kerja senggara bagi pepasangan elektrik mengikut piagam pelanggan dan program senggara yang ditetapkan dengan peruntukan yang disediakan oleh jabatan pelanggan.
  • Memberi khidmat perundingan teknikal berkaitan dengan pengurusan penyelenggaraan elektrik kepada agensi kerajaan yang lain.