Sejarah

JKR Elektrik telah ditubuhkan pada awal tahun 1972 bertempat di Workshop Negeri, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. Jabatan ini menjalankan pengurusan pentadbiran dan projek. Pada tahun 1973, Bahagian Penyelenggaraan telah ditempatkan di Blok Yard, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. Ianya bertujuan untuk menjalankan operasi penyelenggaraan di bangunan-bangunan kerajaan.

Pada pertengahan tahun 1976, Bahagian Penyelenggaraan dan pentadbiran telah ditempatkan di dalam satu bangunan di Jalan Kebun Teh bagi memudahkan sebarang proses yang dijalankan. Namun, pada 1 Oktober 2011, Cawangan Kejuruteraan Elektik Negeri Johor telah berpindah ke pejabat baru yang terletak di Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor. Majlis penyerahan bangunan baru tersebut telah diadakan pada 24 April 2012 yang telah dirasmikan oleh Pengarah JKR Johor, Dato' Ir. Hj. Abu Bakar Bin Ahmad.

KETUA JABATAN TERDAHULU SEHINGGA KINI

BIL KETUA JABATAN  TEMPOH BERTUGAS
1 HO FEI YINGE 01/06/1970 - 25/06/1971
2 GOH CHOO NYH 01/07/1971 - 31/12/1973
3 TANG PEI TEE 01/04/1974 - 31/08/1979
4 NG KEE HUAT 17/09/1979 - 31/12/1983
5 SHU SING PANG 01/01/1984 - 31/03/1984
6 CHEAH AIN CHUAN 16/04/1984 - 30/06/1990
7 AHMAD MOKHTAR B. CHE MAN 01/07/1990 - 30/01/2000
8 TN. Hj. MOHD RASHID B.ISHAK 11/12/2000 - SEKARANG