Unit Bangunan & Kediaman Rasmi

Fungsi

  • Bertanggungjawab ke atas semua urusan berkaitan dengan penyelenggaraan dan projek  Sistem-sistem Peralatan Mekanikal di bangunan-bangunan Istana dan Kediaman Rasmi Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan mengelola Istiadat Rasmi di negeri Johor.

Peranan

  • Melaksanakan kerja dengan mematuhi semua dasar kerajaan yang diperkenalkan dari masa ke semasa
  • Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan kerja-kerja penyenggaraan dan projek sistem peralatan mekanikal di bangunan-bangunan kerajaan negeri dan istana-istana yang terdapat di negeri Johor termasuk kediaman rasmi Kerajaan Negeri dan Persekutuan
  • Mengurus dan menyelia kerja-kerja pemasangan baru, penggantian atau menaiktaraf sistem peralatan mekanikal yang gagal berfungsi dengan baik atau telah uzur di bangunan-bangunan istana dan kediaman rasmi Kerajaan Negeri di negeri Johor dan di luar Johor seperti di Kuala Lumpur dan Bukit Fraser
  • Memastikan semua kerja-kerja dan keperluan berkaitan dengan urusan istiadat rasmi negeri terutama yang berkaitan dengan istana dilaksanakan dengan sempurna
  • Melaksanakan perbelanjaan ke atas semua waran dan vot peruntukkan senggaraan kediaman rasmi negeri dan istana yang diterima secara berhemah
  • Memastikan penggunaan sumber tenaga kerja dalaman secara optimal
  • Merancang, menyediakan program senggaraan dan kos anggaran sistem peralatan mekanikal ke atas bangunan-bangunan kediaman rasmi kerajaan negeri dan istana-istana di negeri Johor untuk disenggara
  • Membuat penilaian tawaran serta pentauliahan ke atas tawaran yang telah dipanggil
  • Memantau dan mengawasi kerja-kerja senggaraan sistem peralatan mekanikal di istana-istana di negeri Johor supaya sentiasa mengikut amalan kejuruteraan yang baik dan mengikut keperluan kontrak serta prosedur ISO termasuk Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) JKR
  • Menyediakan perakuan sokongan bayaran kerja-kerja yang telah siap