Unit Korporat

Fungsi

Memberi khidmat sokongan dengan memberi penekanan ke atas penyelarasan serta pemantauan pelaksanaan kerja yang sistematik dan berkualiti dengan menggunakan sistem kerja, teknologi perhubungan serta sumber maklumat yang terkini, pembangunan dan pengurusan sistem kerja serta sumber manusia yang terancang serta belanjawan serta kemudahan pelbagai yang cekap dan berkesan. 

Peranan

  • Melaksanakan kerja dengan mematuhi semua dasar kerajaan yang diperkenalkan dari masa ke semasa
  • Merancang keperluan sumber manusia dan struktur organisasi
  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan personel
  • Meningkatkan prestasi dan kompetensi anggota secara berterusan
  • Menguruskan soal perkhidmatan bagi anggota dengan berkesan
  • Mengurus, mengawal dan menyelaras sumber kewangan Jabatan dengan cekap dan teratur supaya selaras dengan peraturan-peraturan Kewangan
  • Memberi khidmat sokongan kepada semua Cawangan/Bahagian berkaitan dengan segala hal urusan kewangan dan belanjawan
  • Membangun dan mengurus selia pengurusan dan teknologi maklumat yang berkesan sebagai input kepada pihak pengurusan dalam menggubal dasar dan mengatur strategi bagi mempertingkatkan taraf kemudahan awam
  • Membudayakan penggunaan ICT dikalangan anggota JKR ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan urusan rasmi jabatan
  • Mempromosikan dasar, program dan aktiviti Jabtaan secara meyeluruh ke arah pembentukan imej yang positif melalui perancangan promosi dan publisiti yang strategik dan berkesan
  • Memberikan perkhidmatan sokongan pentadbiran yang efisyen dan cekap kepada Cawangan/Bahagian di Jabatan Kerja Raya di dalam urusan berkaitan Keurusetiaan Mesyuarat dan Jawatankuasa Utama Jabatan, Pentadbiran Pejabat dan Perkhidmatan Sokongan, Pengurusan Aset Jabatan dan Urusan Keselamatan