Unit Projek

Fungsi

  • Bertanggungjawab ke atas semua urusan berkaitan dengan pemasangan sistem-sistem peralatan mekanikal di projek-projek pembangunan dan infrastruktur Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang dilaksanakan di negeri Johor

Peranan

  • Melaksanakan kerja dengan mematuhi semua dasar kerajaan yang diperkenalkan dari masa ke semasa
  • Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan perkhidmatan sistem peralatan mekanikal di projek-projek pembangunan dan infrastruktur negara
  • Merancang, menyediakan brif projek dan kos anggaran sistem peralatan mekanikal bagi projek-projek pembangunan dan infrastruktur Persekutuandan Negeri yang akan dilaksanakan
  • Merekabentuk dan menyedia lukisan rekabentuk tawaran serta spesifikasi keperluan teknikal seterusnya memanggil tawaran bagi projek-projek persekutuan dan negeri yang diarah dikendalikan oleh jabatan
  • Membuat penilaian tawaran serta pentauliahan ke atas tawaran yang telah dipanggil
  • Memantau dan mengawasi kerja-kerja pemasangan sistem peralatan mekanikal di projek-projek pembangunan dan infrastruktur Persekutuan dan Negeri yang dijalankan samada pentauliahan dari Ibu Pejabat JKR.KL atau dikendalikan sendiri supaya sentiasa mengikut keperluan kontrak serta prosedur ISO termasuk Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) JKR
  • Menyediakan perakuan sokongan bayaran kerja-kerja yang telah siap kepada Pegawai Tapak (S.O)
  • Mengawasi perlaksanaan kerja-kerja serbis sistem peralatan mekanikal yang telah diserah semasa projek Dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP)