Unit Senggara

Fungsi

  • Bertanggungjawab ke atas semua urusan berkaitan dengan penyelenggaraan sistem-sistem peralatan mekanikal di bangunan-bangunan kerajaan negeri dan persekutuan yang terdapat di negeri Johor serta bertanggungjawab ke atas semua urusan berkaitan dengan pemasangan sistem-sistem peralatan mekanikal di projek-projek pembangunan dan infrastruktur kerajaan negeri yang dilaksanakan di negeri Johor

Peranan

  • Melaksanakan kerja dengan mematuhi semua dasar kerajaan yang diperkenalkan dari masa ke semasa
  • Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan kerja-kerja penyenggaraan sistem peralatan mekanikal di bangunan-bangunan kerajaan negeri dan persekutuan yang terdapat di negeri Johor
  • Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan perkhidmatan sistem peralatan mekanikal di projek-projek pembangunan dan infrastruktur negara
  • Mengurus dan menyelia kerja-kerja pemasangan baru, penggantian atau menaiktaraf sistem peralatan mekanikal yang gagal berfungsi dengan baik atau telah uzur di bangunan-bangunan kerajaan negeri dan persekutuan di negeri Johor
  • Melaksanakan perbelanjaan ke atas semua waran dan vot peruntukkan senggaraan negeri dan persekutuan yang diterima secara berhemah
  • Memastikan penggunaan sumber tenaga kerja dalaman secara optimal
  • Merancang program senggaraan dan kos anggaran sistem peralatan mekanikal ke atas bangunan-bangunan kerajaan negeri dan persekutuan di negeri Johor untuk disenggara
  • Membuat penilaian tawaran serta pentauliahan ke atas tawaran yang telah dipanggil
  • Memantau dan mengawasi kerja-kerja senggaraan sistem peralatan mekanikal di bangunan-bangunan kerajaan negeri dan persekutuan di negeri Johor supaya sentiasa mengikut amalan kejuruteraan yang baik dan mengikut keperluan kontrak serta prosedur ISO termasuk Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) JKR
  • Menyediakan perakuan sokongan bayaran kerja-kerja yang telah siap
  • Merancang, menyediakan brif projek dan kos anggaran sistem peralatan mekanikal bagi projek-projek pembangunan dan infrastruktur negeri yang akan dilaksanakan
  • Membuat penilaian tawaran serta pentauliahan ke atas tawaran yang telah dipanggil
  • Memantau dan mengawasi kerja-kerja pemasangan sistem peralatan mekanikal di projek-projek pembangunan dan infrastruktur negeri yang dijalankan supaya sentiasa mengikut keperluan kontrak serta prosedur ISO termasuk Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) JKR
  • Menyediakan perakuan sokongan bayaran kerja-kerja yang telah siap kepada Pegawai Tapak (S.O)
  • Mengawasi perlaksanaan kerja-kerja serbis sistem peralatan mekanikal yang telah diserah semasa projek Dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP)