Unit Woksyop

Terdapat 3 seksyen utama di Unit Woksyop iaitu Bengkel, Pengangkutan serta Penilaian & Pelupusan. Fungsi dan peranan setiap seksyen adalah seperti berikut.

Seksyen Bengkel

Fungsi

  • Bertanggungjawab ke atas semua urusan berkaitan dengan kenderaan jabatan seperti pembelian kenderaan baru, memberi khidmat pengangkutan dan menyenggara kenderaan ringan dan jentera berat jabatan

Peranan

  • Melaksanakan kerja dengan mematuhi semua dasar kerajaan yang diperkenalkan dari masa ke semasa
  • Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan woksyop, kenderaan dan jentera kepada jabatan-jabatan kerajaan
  • Memantau, menyenggara dan membaik pulih kenderaan dan jentera jabatan yang berdaftar dengan JKR dan juga dari jabatan-jabatan kerajaan lain yang membuat permohonan senggaraan agar semua kenderaan jabatan sentiasa dalam keadaan baik, terjaga dan berfungsi dengan sempurna
  • Memastikan kemudahan sumber dan peralatan di woksyop negeri dan juga woksyop JKR Daerah sentiasa mencukupi dan menaiktaraf sekiranya ia berupaya memberi perkhidmatan mekanikal yang lebih berkesan
  • Memberikan khidmat kenderaan, jentera serta pemandu kepada Jabatan Kerajaan yang memerlukan
  • Melaksanakan perbelanjaan ke atas semua waran dan vot peruntukkan yang diterima dibuat secara berhemah
  • Melaksanakan kerja-kerja perolehan bagi pembelian kenderaan baru, kerja-kerja pembaikan kenderaan, alat-alat ganti dan juga pembangunan woksyop
  • Mengeluarkan perakuan pembayaran kerja-kerja yang telah siap melalui penggunaan SPEKS dan e-SPKB

Seksyen Pengangkutan

Fungsi

  • Bertanggungjawab ke atas semua urusan berkaitan dengan pengangkutan pegawai dan staf-staf Jabatan Kerja Raya serta pengangkutan bagi jabatan-jabatan luar yang memohon.

Peranan

  • Melaksanakan kerja dengan mematuhi semua dasar kerajaan yang diperkenalkan dari masa ke semasa
  • Menerima permohonan penggunaan kenderaan daripada staf dalaman dan jabatan luar serta menyelaraskan penggunaan
  • Menyediakan jadual penggunaan kenderaan dan pemandu jabatan bagi penggunaan harian
  • Memastikan kenderaan jabatan berada dalam kebolehsediaan penggunaan di tahap yang baik
  • Memastikan kenderaan jabatan diselenggarakan mengikut jadual
  • Merujukkan kenderaan kepada unit pelupusan bagi kenderaan jabatan yang perlu dilupuskan

Seksyen Penilaian & Pelupusan

Fungsi

  • Bertanggungjawab ke atas semua urusan berkaitan dengan penilaian dan pelupusan kenderaan-kenderaan jabatan dan juga peralatan-peralatan mekanikal yang lain

Peranan

  • Melaksanakan kerja dengan mematuhi semua dasar kerajaan yang diperkenalkan dari masa ke semasa
  • Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan dengan hal-hal berkenaan penilaian dan pelupusan kenderaan-kenderaan jabatan kerajaan
  • Menyediakan nilai anggaran Belanja Kerosakan Kenderaan ke atas kenderaan-kenderaan kerajaan yang terlibat dalam kemalangan
  • Mengeluarkan Sijil Penilaian Kenderaan untuk kenderaan-kenderaan baru dan terpakai bagi tujuan pinjaman kenderaan oleh kakitangan kerajaan
  • Membuat penilaian anggaran harga ke atas kenderaan-kenderaan yang dirampas oleh pihak kerajaan
  • Mengeluarkan Sijil Perakuan Pelupusan (PEP) untuk kenderaan-kenderaan dan peralatan mekanikal jabatan yang ingin dilupuskan
  • Tanggungjawab sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pelupusan dan Hapuskira