• Laman Utama
  • Berita Jabatan
  • MAJLIS MENANDATANGANI & PENYERAHAN DOKUMEN KONTRAK PERINGKAT JKR NEGERI UNTUK PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN SEKOLAH DAIF MENGGUNAKAN IBS NEGERI JOHOR (FASA1) TAHUN 2018

MESYUARAT JURUTERA AWAM PENGUASA JALAN BERSAMA CAWANGAN JALAN BIL1/2018

Johor Bahru 19 Mac 2018 - Mesyuarat Jurutera Awam Penguasa jalan bersama Pengarah Kanan Cawangan Jalan dan semua Jurutera Awam Penguasa Jalan Negeri hadir dalam mesyuarat yang diadakan pada 19 hingga 20 Mac 2018 di Bilik Gerakan, Tun Abdul Razak, Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor. Turut Hadir sama semua HOPT, HODT, dan Pasukan Unit Projek Khas dari Cawangan Jalan, Kuala Lumpur. Jabatan Kerja Raya Negeri Johor dipilih selaku tuan rumah bagi mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Yang berusaha Ir. Haji Zulakmal Bin Haji Sufian Pengarah Kanan Cawangan Jalan JKR Malaysia.IMG 20180403 190854

Sila klik disini untuk coretan bergambar sepanjang majlis

 

MAJLIS MENANDATANGANI & PENYERAHAN DOKUMEN KONTRAK PERINGKAT JKR NEGERI UNTUK PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN SEKOLAH DAIF MENGGUNAKAN IBS NEGERI JOHOR (FASA1) TAHUN 2018

Johor Bahru 5 Mac 2018 - Kerajaan pusat memperuntukkan sebanyak RM22 juta bagi membaik pulih 17 buah sekolah terpilih di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Datuk Ir. Hasni Bin Mohamad berkata, kerja membaik pulih itu akan bermula 7 Mac ini. “Kita sudah mengenal pasti sebanyak 40 buah sekolah untuk menerima peruntukan diberi kerajaan pusat itu dan buat permulaan sebanyak 17 sekolah dipilih dalam fasa satu,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Penyerahan Dokumen Kontrak dan Projek Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah Daif Menggunakan Kaedah IBS (Fasa 1) Tahun 2018 bagi Negeri Johor di sini sebentar tadi. Yang turut hadir, Pengarah Kerja Raya Johor, Ir. Mohamad Salleh Bin Abu Bakar dan Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Normazura Mat Nawi.

daif1

Sila klik disini untuk coretan bergambar sepanjang majlis

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK & PERASMIAN MAHKAMAH SYARIAH KLUANG

Kluang 21 Februari 2018 - Projek pembinaan Mahkamah Syariah Kluang telah berjaya disiapkan dengan sempurna dan memenuhi keperluan pelanggan. Majlis menandatangani dokumen penyerahan dan penyerahan kunci telah diadakan diantara JKR Johor dan pihak pelanggan. Pengarah Kerja Raya Negeri Johor, Ir. Haji Mohamad Salleh Bin Abu Bakar mewakili JKR Johor manakala Ketua Hakim Syarie, Dato' Haji Amir Bin Danuri mewakili Mahkamah Syariah Negeri Johor. Majlis menandatangani dokumen penyerahan dan penyerahan kunci telah disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, YB Tuan Haji Abd. Mutalib Bin Abdul Rahim. Turut Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Negeri Johor; Tuan Haji Muhamad Fuad Bin Haji Radzuan, Jurutera Daerah JKR Kluang; En Muhammad Hanafiah Bin Sharif, Pengarah Kelisa Murni Sdn. Bhd.;Dato' Kamarudin Bin Munasir selain wakil-wakil pegawai kanan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor, JKR Johor dan JAINJ.Di majlis sama, YB Tuan Haji Abd. Mutalib Bin Abdul Rahim turut merasmikan Mahkamah Syariah Kluang sambil meninjau dan melihat ruang mahkamah yang dibina dan berpuas hati dengan siapnya projek berkenaan. Kami warga kerja JKR Johor mengucapkan syabas dan tahniah kepada JKR Kluang selaku pegawai penguasa, pasukan projek, syarikat perunding, kontraktor dan semua pihak yang terlibat.

MSkluang

Sila klik disini untuk coretan bergambar sepanjang majlis

LAWATAN TEKNIKAL JKR JOHOR KE SELANGOR DAN NEGERI SEMBILAN

Lawatan teknikal ke Masjid Haji Fisabilillah, Cyberjaya, projek konservasi Masjid Sultan Alaeddin, Kuala Langat, Selangor dan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Negeri Sembilan telah di adakan pada 21-22 November 2017.
Disertai seramai 34 orang peserta yang di ketuai oleh Ar. Mohamad Nazli Bin Ramli (Arkitek Penguasa JKR Johor) serta kakitangan Bhg. Arkitek, Bhg. Bangunan, Bhg. Jalan, Bhg. Senggara Aset, Caw. Mekanikal, Caw. Elektrik, JKR Daerah dan Jabatan Agama Johor.
Program lawatan ini bertujuan mempelajarai serta menimba ilmu pengetahuan dalam melaksanakan dan menyelaras kerja-kerja konservasi bangunan di bawah Jabatan Kerja Raya Johor. Semoga lawatan ini bermanfaat buat semua peserta.​IMG 4894

Sila klik disini untuk coretan bergambar sepanjang lawatan teknikal JKR Johor

JKR JOHOR TERIMA ANUGERAH 5 BINTANG INDEKS AKAUNTABILITI TAHUN 2016

JKR Johor telah dianugerahkan Anugerah Penarafan 5 Bintang bagi Tahun 2016 di Majlis Penyampaian Anugerah Indeks Akauntabiliti. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB. Dato' Haji Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor kepada Ir. Haji Mohamad Salleh Bin Abu Bakar, Pengarah Kerja Raya Johor. Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga kerja JKR Johor sehingga dianugerahkan Anugerah Penafaran 5 Bintang Indeks Akauntabiliti Tahun 2016 untuk JKR Johor.

penarafan5bintang

  • 1
  • 2

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 03 Jun 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web