• Laman Utama
  • Berita Jabatan
  • MAJLIS MENANDATANGANI & PENYERAHAN DOKUMEN KONTRAK PERINGKAT JKR NEGERI UNTUK PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN SEKOLAH DAIF MENGGUNAKAN IBS NEGERI JOHOR (FASA1) TAHUN 2018

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK & PERASMIAN MAHKAMAH SYARIAH KLUANG

Kluang 21 Februari 2018 - Projek pembinaan Mahkamah Syariah Kluang telah berjaya disiapkan dengan sempurna dan memenuhi keperluan pelanggan. Majlis menandatangani dokumen penyerahan dan penyerahan kunci telah diadakan diantara JKR Johor dan pihak pelanggan. Pengarah Kerja Raya Negeri Johor, Ir. Haji Mohamad Salleh Bin Abu Bakar mewakili JKR Johor manakala Ketua Hakim Syarie, Dato' Haji Amir Bin Danuri mewakili Mahkamah Syariah Negeri Johor. Majlis menandatangani dokumen penyerahan dan penyerahan kunci telah disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, YB Tuan Haji Abd. Mutalib Bin Abdul Rahim. Turut Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Negeri Johor; Tuan Haji Muhamad Fuad Bin Haji Radzuan, Jurutera Daerah JKR Kluang; En Muhammad Hanafiah Bin Sharif, Pengarah Kelisa Murni Sdn. Bhd.;Dato' Kamarudin Bin Munasir selain wakil-wakil pegawai kanan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor, JKR Johor dan JAINJ.Di majlis sama, YB Tuan Haji Abd. Mutalib Bin Abdul Rahim turut merasmikan Mahkamah Syariah Kluang sambil meninjau dan melihat ruang mahkamah yang dibina dan berpuas hati dengan siapnya projek berkenaan. Kami warga kerja JKR Johor mengucapkan syabas dan tahniah kepada JKR Kluang selaku pegawai penguasa, pasukan projek, syarikat perunding, kontraktor dan semua pihak yang terlibat.

MSkluang

Sila klik disini untuk coretan bergambar sepanjang majlis

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 03 Jun 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web