• Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Syukur alhamdulillah penantian sejak sekian lama untuk menatap wajah baru laman web JKR Batu Pahat akhirnya terlaksana dengan lahirnya penjenamaan semula portal web JKR Batu Pahat. Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Laman Web JKR Batu Pahat yang telah mengambil inisiatif untuk berusaha gigih dan bekerja keras ke arah merealisasikan wajah baru laman web JKR Batu Pahat. Saya amat berharap portal web ini akan menjadi rujukan bukan sahaja kepada kakitangan JKR Batu Pahat, tetapi juga kepada pelanggan dan masyarakat umum untuk mendapatkan maklumat berhubung tugas dan tanggungjawab JKR Batu Pahat. Usaha sebegini harus diberi pujian yang tinggi kerana melalui laman web ini, ia dapat menjadi wadah kepada jabatan untuk menyebarkan maklumat dengan pantas dan berkesan Ia juga dapat menonjolkan identiti dan imej jabatan; bukan sahaja kepada kakitangan tetapi juga kepada orang ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan dan prestasi Jabatan Kerja Raya Daerah Batu Pahat.

    Semoga usaha murni ini akan disusuli pula dengan usaha-usaha lain, supaya jabatan ini sentiasa diyakini dan dihormati oleh masyarakat.

    Akhir kata, hidup kita mestilah berjasa. Jasa Kepada Rakyat.

    IR ALIAS BIN MOHD ZAIN
    Jurutera Daerah JKR Batu Pahat
    JKR BATU PAHAT

  • SEJARAH PENUBUHAN JKR (D) BATU PAHAT
    • Ditubuhkan pada Januari 1894 (21 tahun selepas penubuhan Jabatan Tanah & Kerja Raya Johor)
    • Diketuai oleh Sulaiman bin Md. Salleh sehingga 1910.
    • Dikenali sebagai Ketua Kerjaya, Bandaran & Ukur
    • 1911 - Sistem Pentadbiran Paralelisma diperkenalkan dimana Pesuruhjaya Kerajaan Daerah (Dato’ Muhamad Salleh bin Perang) digabungkan dengan Pegawai Daerah berbangsa inggeris iaitu J.L. Humphreys yang mana mengambil alih tugas Ketua Kerjaya, Bandaran & Ukur.
    • 1939 - Diketuai oleh seorang Inggeris bernama J.W.S. Anderson.
    • JKR Batu Pahat diterajui oleh beberapa pemimpin Inggeris sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan.
    • Pada tahun 1958, JKR Batu Pahat telah dipimpin oleh seorang Jurutera Daerah berbangsa Melayu bernama Ahmad bin Abdul Aziz sebelum diambil-alih oleh dua Jurutera Daerah berbangsa Inggeris setahun kemudian sehingga tahun 1965.
    • Bermula tahun 1965 JKR Batu Pahat terus dipimpin oleh anak tempatan sehingga kini.
  • (Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

    Carta JKR Batu Pahat

  • BIL NAMA  TEMPOH 
    1  J.W.S. ANDERSON  1939 - 1940
    2  J.H. WEST  1940 - 1941
     F.E.B. MURPHY   1941 - 1946
     S.A. JORDAN  1946 - 1949
     D.W. GREHAN  1949 - 1951
     C.R. HAWKINS  1951 - 1953
     D.J.M. CARVILI  1953 - 1954
     H.M. HIDDES  1954 - 1955
     G.M. SAMPSON  1955 - 1956
    10   J. HALLIDAY  1956 - 1957
    11   J.W. WRIGHT  1957 - 1958
    12   AHMAD BIN ABDUL AZIZ  1958 - 1959
    13   R.M. STEWART  1959 - 1962
    14   R.S. WHITELAW  1962 - 1965
    15   QUEK SENG HIN  1965 - 1966
    16   SHAMSURI BIN HAJI ALI  1966 - 1970
    17   LIM ENG SUN  1970 - 1972
    18   S. DEVENDRAN  1972 - 1975
    19   SIEW KOK HONG  29.12.1975 - 16.08.1980
    20   MOHD. HATTA BIN BAKRI  27.08.1980 - 31.10.1983
    21   HASSAN BIN HARON  01.11.1983 - 31.05.1990
    22   NG AH KOW  01.06.1990 - 01.02.1996
    23   SHAHAR BIN MOHD. SHAH  16.05.1996 - 18.06.1997
    24   HAMIDUN MAJID BIN ABDUL HAMID  01.07.1997 - 31.05.1999
    25   SHAFII BIN MOHAMAD  01.06.1999 - 31.01.2004
    26  SHAMSUL AKMAR BIN ABDUL MUNIR  01.02.2004 - 31.05.2005
    27  NORDIN BIN MOHAMED SALLEH  01.06.2005 - 15.08.2008
    28  HAMDAN BIN ALI  18.08.2008 - 31.12.2008
    29  BADRUL HISHAM BIN ABDULLAH  01.01.2009 - 31.01.2010
    30  IR. KHALID BIN OMAR  01.02.2010 - 31.10.2011
    31  HADZERI BIN HASHIM  01.11.2011 - 26.05.2015
    32 IR. ALIAS BIN MOHD ZIN 26.05.2015 - KINI
  • BIL PEJABAT NO TEL NO FAKS EMEL
    1 Pejabat Jurutera Daerah JKR Batu Pahat,
    Peti Surat 145, Jalan Pejabat,
    83000 Batu Pahat, Johor.
    07-4325700
    07-4325701
    07-4321760 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    2 Bahagian Perolehan & Perbekalan,
    KM 1, Jalan Muar, Peserai,
    83000 Batu Pahat, Johor.  
    07-4325700 07-4138926  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    3 Bahagian Elektrik,
    Taman Gading Mas,
    Sri Gading,
    83300 Batu Pahat, Johor.   
     07-4556389  07-4321760  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    4 Bahagian Mekanikal,
    Taman Gading Mas,
    Sri Gading,
    83300 Batu Pahat, Johor.  
     07-4556386  07-4321760  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    5 Bahagian Penyenggaraan Bangunan
    JTA 11/3, Jalan Talib Abu,
    83000 Batu Pahat, Johor.   
     07-4383895  07-4321760  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.