•  
    Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera

    Allhamdulillah, syukur saya kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya merakamkan ucapan dalam halaman web ini. Halaman ini merupakan portal web rasmi bagi Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru yang memberi sumber maklumat tentang peranan dan fungsi yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami.

    Sekalung Tahniah dan Syabas jua kepada Jawatankuasa Laman Web JKR Johor Bahru yang telah mengambil inisiatif untuk berusaha gigih dan bekerja keras ke arah merealisasikan wajah baru portal web JKR Johor Bahru.

    Saya berharap, portal web ini dapat digunakan sebagai medium komunikasi serta maklumbalas dalam memperoleh rujukan dan dapat dimanfaatkan oleh semua Warga Kerja JKR Johor Bahru dan pelanggan khususnya masyarakat umum untuk mendapatkan pelbagai data maklumat dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pihak.
    Usaha yang dicurahkan wajar diberi pujian kerana melalui portal web ini, ia menjadi sumber kepada jabatan untuk menyebarkan maklumat dengan cepat, pantas dan berkesan. Malah turut membantu menonjolkan identiti dan imej jabatan kepada kakitangan dan orang ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan dan prestasi Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru.

    Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi perhargaan kepada warga JKR Johor Bahru secara keseluruhannya yang telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan program dan aktiviti jabatan yang dirancang dengan jayanya. Saya yakin dengan iltizam yang tinggi bersandarkan kesedaran untuk berbakti akan dapat memacu JKR Johor Bahru mencapai objektif dan misinya dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga segala usaha yang dicurahkan diberkati Allah S.W.T.

    Sekian. Terima Kasih.

    Salam 1 Malaysia. Salam Muafakat Johor
    Mohd Isa Bin Sulaiman
    Jurutera Daerah
    JKR Daerah Johor Bahru

     
  •  

  • (Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

    CARTA ORGANISASI STRUKTUR JKRJB 2016

  • Senarai Jurutera Daerah JKR Johor Bahru

    BIL NAMA TEMPOH BERKHIDMAT
    1 E.S. POLLARD  MEI 1956-JUN 1957
    2 THEAN LIP THONG  JUN 1957-SEPT 1958
    3 R.M. WOOLFENDEN  OKT 1958-OGOS 1960
    4 K.T CONWAY  SEPT 1960-OKT 1962
    5 R.G.ST. CLAIR DUNCAN  NOV 1962-APRIL 1964
    6 TONG KOK CHOON  MEI 1964-JAN 1968
    7 KOH KOK EE  FEB 1971-JAN 1971
    8 FOO CHEE ENG FEB 1971-MAC 1973
    9 YOONG SIEW KIN APRIL 1973-APRIL 1976
    10 S. DEVANDRAN MEI 1976-SEPT 1978
    11 FONG TIAN YONG OKT 1978-SEPT 1980
    12 TANG KENG HONG OKT 1980-MEI 1983
    13 HJ. ABDULLAH BIN ABBAS NOV 1983-DIS 1984
    14 MOHD HASSAN BIN MOHAMED JAN 1985-DIS 1987
    15 ABDUL SHOKRI BIN MD. DAHLAN JAN 1988-JUN 1992
    16 OMAR BIN HJ. MD. YUSOF JUN 1992-DIS 1995
    17 NG AH KOW FEB 1996-FEB 2004
    18 MOHD RAHIM BIN HJ. KAWANGIT MAC 2004-JULAI 2005
    19 HJ. ABDUL JALIL BIN HJ. MOHAMED OGOS 2005-NOV 2006
    20 HJ. A. JALIL BIN SAZALI MAC 2007-NOV 2008
    21 HJ. MOHD SAID BIN SIDIK DIS 2008-JAN 2014
    22 HJ. JAAFAR BIN AHMAD FEB 2014-SEKARANG
  • JKR Daerah Johor Bahru
    Pejabat Jurutera Daerah
    No.677, Jalan Petrie,
    80100 Johor Bahru, Johor.

    Tel : 07-222 3133 / 222 3139 / 2240576
    Faks : 07-222 3835
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Facebook : https://www.facebook.com/JKRJohorBahru
    Twitter : https://twitter.com/@JKRJohorBahru1

     

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 03 Jun 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web