• jd kluang

    Bismillahirrahmanirrahim.
    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Salam muafakat Johor dan salam sejahtera,

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk saya memberikan kata aluan di dalam laman web ini. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada di atas daya usaha yang dilakukan sejajar dengan perkembangan pesat era globalisasi dan teknologi maklumat.

    Saya berharap laman web ini menjadi salah satu wadah atau platform untuk menghubungkan seluruh warga kerja JKR dan juga menjadi media penyalur maklumat yang berkesan kepada orang ramai untuk mengetahui apakah perkhidmatan yang di tawarkan melalui system on-line atau mendapat maklumat yang cepat dan tepat..

    Melalui laman web ini juga dapat menjadi saluran penyebarkan maklumat berhubung peluang tender & sebutharga atau pentadbiran dalam JKR Kluang. Ia juga dapat menonjolkan identiti dan imej jabatan; bukan sahaja kepada kakitangan tetapi juga kepada orang ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan dan prestasi Jabatan Kerja Raya Daerah Kluang.

    Saya berharap laman web ini dapat dimuatkan dengan berita, artikel dan bahan-bahan rujukan yang boleh dijadikan panduan kepada mereka yang melayarinya. Semoga usaha murni ini akan disusuli pula dengan usaha-usaha lain supaya jabatan ini sentiasa diyakini dan dihormati oleh masyarakat.

    Akhir kata saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Portal JKR Kluang di atas inisiatif yang diambil bagi menyediakan laman web untuk tatapan masyarakat dan audien dipelbagai peringkat yang berhubung dengan JKR Daerah Kluang.

    Wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum w.b.t.

    Sekian, terima kasih.

    Muhammad Hanafiah bin Sharif

     

  • Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kluang telah di bina pada tahun 1935. Kos perbelanjaan di tanggung oleh Kerajaan Negeri Johor yang berjumlah RM 15,800.00. Ia merupakan salah sebuah agensi kerajaan yang tertua di Daerah Kluang. Bangunan-bangunan pejabat kerajaan yagn lain, termasuk jalan-jalan raya yang ada sekarang adalah dibina oleh Jabatan Kerja Raya Kluang menjadikannya sebuah agensi yang turut memainkan peranan yang penting di dalam kepesatan pembangunan negara.

    JKR atau asalnya PWDTC ( Public Works Department Central Johor ) terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Bangunan, Bahagian Jalan dan Bahagian Air. Dalam tahun 1989 bahagian air telah terpisah dengan JKR dan menubuhkan Jabatannya sendiri iaitu Jabatan Bekalan Air atau dikenali sebagai JBA dan sekarang dengan nama Syarikat Air Johor Berhad setelah diswastakan.

    Dari segi pengurusan, JKR Kluang terbahagi kepada 5 bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran, Bangunan, Jalan, Ukur Bahan, Stor. Bahagian kerja terbahagi kepada 7 bahagian iaitu Elektrik, Bangunan dan Pentadbiran. Unit Lukisan Pelan, Mekanikal dan Bahagian Jalan.

    Sejak tertubuhnya JKR sehinggalah sekarang, JKR Daerah Kluang telah diterajui oleh seramai 22 orang Jurutera Daerah dan sekarang di sandang oleh Tuan Hj. Hanan Bin Hj. Elias yang memulakan tugasnya di JKR Kluang pada tahun 2004 sehingga kini.

    Dalam membentuk sebuah Jabatan Kerajaan yang berkualiti, Jabatan Kerja Raya Daerah Kluang telah meletakkan Dasar Kualiti dan Objektifnya sebagai prinsip sepanjang masa yang memenuhi kehendak ISO 9002.

  • JURUTERA – JURUTERA DAERAH JKR KLUANG
    Dari 1948 – Sekarang 

    BIL NAMA TEMPOH
    1 ALLAN INGLIS 20.06.1948 - 18.10.1950
    2 M.B HEMBER 19.10.1950 - 14.09.1951
    3 C.F.SUTTON 15.09.1951 - 26.11.1952
    4 M.H.L.ELANS 27.11.1952 - 31.08.1955
    5 K.WELDING 01.09.1955 - 21.02.1957
    6 G.N.CHEEK 22.02.1957 - 30.04.1958
    7 D.P.GRACE 01.05.1958 - 24.07.1960
    8 H.GREEN 25.07.1960 - 20.02.1961
    9 C.D.BARBER 21.02.1961 - 18.03.1962
    10 MOHD TAHIR BIN HJ. ABD MANAN 19.03.1962 - 19.01.1964
    11 S. THERIVIAM 20.01.1964 - 20.06.1965
    12 E.BALASUBRAMANIAM 21.06.1965 - 13.12.1967
    13 NG KAH CHOON 14.12.1967 - 13.04.1970
    14 P.SRINIVASAN 14.04.1970 - 10.08.1973
    15 CHAI YEN CHONG 11.08.1973 - 07.08.1974
    16 OOI BOON KENG 08.08.1974 - 04.02.1977
    17 LEE KIM SENG 05.02.1977 - 15.07.1978
    18 OOI GIN HOAY 16.07.1978 - 02.01.1979
    19 LEE CHAN LIM 03.11.1979 - 31.12.1983
    20 FAN KOW JAN 01.01.1984 - 31.12.1988
    21 LAK POO SIANG 01.01.1989 - 15.12.1993
    22 HAMIZAN BIN MOHD INZAN 06.12.1993 - 31.03.1999
    23 HJ. BUSARI BIN HJ. AHMAD 01.06.1999 - 31.01.2004
    24 HAJI HANAN BIN HAJI ELIAS 01.02.2004 - 15.01.2006
    25 SHAMSULAKMAR B. ABDUL MUNIR 16.01.2006 - 15.01.2008
    26 Ir.ABU BAKAR BIN ABD AZIZ 16.01.2008 - 15.04.2009
    27 Ir. HAMDAN BIN ALI 16.04.2009 - 28.02.2015
    28 ZAINAL BIN TUMIAN 01.03.2015 - 15.06.2016
    29 ABU BAKAR BIN IBRAHIM 16.06.2016 - 15.01.2017
    30 MUHAMMAD HANAFIAH BIN SHARIF 16.01.2017 - Hingga kini

     

  • PEJABAT JURUTERA DAERAH
    Jabatan Kerja Raya Karung,
    Berkunci 51,
    86009 Kluang,
    Johor Darul Ta'zim.

    Telefon : 07-7724040 / 41
    Faksimili : 07-7744030
    e-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 19 April 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web