• JD Rijal

     

    Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera,


    Alhamdulillah dan tahniah kepada Jawatankuasa Kerja ICT kerana komitmen berterusan megemaskinikan laman web Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Tinggi bagi manfaat semua. Era globalisasi memperlihatkan kecanggihan teknologi maklumat (ICT) tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan kini.

    Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Tinggi adalah salah satu jabatan kerajaan yang bertanggungjawab bagi melaksanakan projek-projek pembangunan samaada projek persekutuan ataupun projek negeri. Projek pembangunan tersebut merangkumi pembinaan dan penyelenggaraan jalanraya dan bangunan di Daerah Kota Tinggi.

    Saya mengalu-alukan kepada semua agar melayari Laman Web kami yang mana maklumat-maklumat yang kami nyatakan adalah amat berguna kepada semua pihak terutama pelanggan-pelanggan kami. Disamping mendedahkan fungsi dan peranan Jabatan kepada orang awam, ianya juga bertujuan mendapat maklumat dan maklumbalas dari Jabatan dan Agensi lain dengan mudah dan pantas bertetapan dengan hasrat Kerajaan membawa negara menuju era Dunia Multimedia Super Coridor (MSC).

    Sebagai agensi Kerajaan yang perihatin dengan arus pembangunan dan pekembangan teknologi maklumat melalui internet, pihak kami tidak mahu ketinggalan dan bersaing dengan agensi-agensi kerajaan yang lain memperluaskan penggunaannya. Selaras dengan itu saya amat berbesar hati jika anda semua dapat memberi maklumat, cadangan dan maklumbalas serta komen-komen yang membina dari masa kesemasa demi meningkatkan mutu perkhidmatan kami.

    SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB KAMI.

    Terima Kasih.


    RIJAL NAZLI BIN SULAIMAN
    Jurutera Daerah,
    Jabatan Kerja Raya,
    Daerah Kota Tinggi.

  • BSI

    Bangunan Pejabat Jabatan Kerja Raya Kota Tinggi
    di Aras 5,Bangunan Sultan Iskandar

    Bangunan Pejabat Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Tinggi pada asalnya di Bangunan Pejabat Penyelenggaraan Bangunan, Jalan, Elektrik dan Pelan yang terletak di Jalan Lombong (sekarang Jalan Tun Habab) berhadapan dengan Hospital Daerah Kota Tinggi sebelum berpindah Ke Aras 5, Bangunan Sultan Iskandar, Kota Tinggi, Johor. Pada Januari 2009 pejabat JKR seterusnya berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Abdul Aziz, Kota Tinggi.

    pejabat jkr

    Pejabat JKR Daerah Kota Tinggi,
    Jalan Abdul Aziz, Kota Tinggi

    Dahulunya Daerah Kota Tinggi mempunyai dua (2) pejabat JKR iaitu di Daerah Kota Tinggi dan Pejabat JKR Kejora. Pada 01hb Mac 1998, JKR KEJORA telah dibubarkan dan sebahagian besar dari kakitangannya telah diserapkan ke JKR Daerah Kota Tinggi, begitu juga pembinaan dan penyelenggaraan projek-projeknya.

    Jabatan Kerja Raya pada ketika itu mempunyai bahagian-bahagian seperti Bahagian Jalan, Bahagian Bangunan dan Bahagian Penyelenggaraan Air yang di terajui oleh seorang Jurutera Daerah, Pembantu Teknik Jalan, Pembantu Teknik Bangunan, Pembantu Teknik Penyelenggaraan Bangunan dan Pembantu Teknik Pendidikan manakala disokong oleh Bahagian Pentadbiran, Workshop, Stor serta beberapa cawangan-cawangan kecil bagi mengendali dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Bahagian Jalan, Penyelenggaraan Bangunan Kerajaan.

    JKR Daerah Kota Tinggi telah dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan kerja- kerja luar dan dalam bandar, felda-felda dan sekolah-sekolah yang mana merangkumi kerja-kerja perancangan, membina baru Bangunan Sekolah, Rumah Guru, Bangunan Am seperti Hospital, Kesihatan Bomba, Imigiresen, Polis, Mahkamah serta lain bangunan Kerajaan dan juga pembaikkan kepada membina jalan, bagi projek-projek Persekutuan dan juga Negeri.

    Memandangkan keperluan semasa perubahan telah dilakukan oleh pihak kerajaan, dimana pembangunan jalan didalam kawasan bandar, di laksanakan oleh pihak Majlis Tempatan, dan Bahagian Air telah diswastakan. Pada 15.02.2001 sebahagian bahagian jalan (Persekutuan) telah diswastakan dibawah Penyelenggaraan Selia Senggara.

  • (Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

    carta kota

  • BIL JURUTERA
    TEMPOH BERKHIDMAT
     1  Ir. Liang Han Ching 01.03.1972 - 31.12.1973
     Ir. Sia Lok Lin 01.01.1974 - 31.04.1975
     Ir. Aziz Yadam Bin Ahmad Khalid 01.05.1975 - 08.07.1978
     Ir. Ismail Bin Yusof 09.07.1978 - 09.01.1980
     Ir. Wong Seik 10.01.1980 - 16.01.1981
     Ir. Syed Zain Bin Syed Mahmod 17.01.1981 - 06.11.1982
     Ir. Landong Bin Wakimin 07.11.1982 - 31.03.1985
     Ir. Zainudin Bin Mohd. Gahazali 01.04.1985 - 06.09.1987
     Ir. Yusof Bin A. Hamid 07.09.1987 - 15.06.1992
    10   Ir. Kairazan Bin Mansor Roosnam 16.06.1992 - 15.05.1995
    11   Ir. Kamsani Bin Johan 15.05.1995 - 31.10.1996
    12   Ir. Shahwai Bin Awang 01.11.1996 -15.08.1998
    13   Ir. Patahorahman Bin Ishak 16.08.1998 - 16.01.2001
    14   Ir. Mohd. Rahim Bin Kawangit 16.01.2001 - 30.01.2004
    15   Ir. Dzarif Bin Yaacob 03.02.2004 - 31.01.2007
    16   Ir. Kaniah Bte Ambak 01.02.2007-16.01.2011
    17   Sarihan bin Johor 17.01.2011-15.02.2015
    18   Rijal Nazli Bin Sulaiman 16.02.2015-Sekarang
  • Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Tinggi,
    Jalan Abdul Aziz,
    81900 Kota Tinggi,

    No. Tel : 07 -8831040, 07-8831041
    No. Faks : 07-8831011,
    E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Facebook :


    Twitter : https://twitter.com/JKRKotaTinggi