Assalammualaikum dan salam sejahtera
Selamat datang ke Portal Jabatan Kerja Raya (D) Kulaijaya. Sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam dalam pembangunan negara, Jabatan Kerja Raya sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan melalui penggunaan teknologi bertaraf dunia serta perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkualiti kepada pelanggan-pelanggannya.
Kandungan maklumat mengenai pelbagai aktiviti yang dikendalikan oleh JKR (D) Kulaijaya ini, diharap dapat menjadi sumber rujukan yang bermanfaat kepada para pelanggan JKR (D) Kulaijaya. Kemudahan berurusan secara online seperti direktori, e-Aduan, Portal Kontraktor dan sebagainya adalah diantara kemudahan yang disediakan demi memberi kemudahan dan meningkatkan lagi keberkesanan dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
Portal ini dari semasa ke semasa sentiasa dikemaskini, bagi menyediakan maklumat yang terkini kepada para pelanggan. Sehubungan dengan itu, saya amat mengalu-alukan semua pelawat untuk memberikan pandangan yang membina, cadangan dan maklumbalas yang positif kepada JKR (D) Kulaijaya demi untuk memantapkan lagi maklumat dan kemudahan yang disediakan.
Melalui portal ini juga, adalah menjadi harapan dan impian saya semoga hubungan yang erat dan mesra antara warga Kerja Raya dan pelanggan dalaman atau pun luaran dapat dijalinkan dengan mudah.
Selamat melayari portal JKR (D) Kulaijaya.
Saya akhiri dengan ucapan, wabillahitaufik walhidayah wasalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
IR HJ MA'AZ BIN BAHERAM
Jurutera Daerah JKR (D) Kulai
Pada awalnya JKR Kulaijaya hanya sebuah stor kecil Unit Jalan JKR Johor Bahru yang di kawal selia oleh seorang Juruteknik dan sekumpulan kakitangan sokongan yang terdiri daripada pemandu dan Pekerja Am bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan rutin jalan dan segala kerja pembinaan dan baik pulih di seluruh kawasan di dalam daerah Kulaijaya tertakluk di bawah penguasaan Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru.
14 kakitangan JKR Johor Bahru yang akhir berkhidmat di Unit Jalan Zon Kulai, JKR Johor Bahru.
Bermulanya 16 Jun tahun 2010 bersamaan 4 sya'ban 1431, penempatan Jurutera Daerah , Tn. Hj. Abdul Jalil Bin Abdul Wahab. Tertubuh secara rasminya sebuah Jabatan Kerja Raya Daerah Kulaijaya.
7 kakitangan pengurusan yang di tempatkan di JKR daerah Kulaijaya pada awal penubuhannya :
Memandang jabatan ini masih baru bertapak di Kulaijaya, maka hanya sebilangan bahagian pengurusan yang beroperasi antaranya:
Senarai Jurutera Daerah
Bil | Nama | Tahun Mula | Tahun Berpindah |
1. | ABDUL JALIL BIN ABDUL WAHAB | 1 OKTOBER 2010 | 28 MEI 2015 |
2. | Ir. AZIZAN BIN MOHAMED YASIN | 26 MEI 2015 | 30 FEBRUARI 2016 |
3. | MOHD ISA BIN SULAIMAN | 1 MAC 2016 | 13 OKTOBER 2016 |
4. | Ir HJ. MA'AZ BIN BAHERAM | 13 OKTOBER 2016 | SEHINGGA KINI |
PEJABAT JURUTERA DAERAH,
JABATAN KERJA RAYA DAERAH KULAI
JKR 2107, JALAN PEJABAT KERAJAAN, BUKIT LIKIT
81000 KULAI JOHOR
TEL : 07-6632969 / 0841 / 1293
FAX : 07-6631294
Dari arah Utara | Dari arah Selatan |
Keluar tol Kulaijaya 500m | Menuju ke Tol Skudai |
Teruskan perjalanan 350m | Keluar Tol Kulai |
Teruskan perjalanan memasuki Jalan Sawah 3.1km | Ikut arahan seperti sebelah. |
Belok ke kanan masuk FT001 3.4km | |
Buat pusingan U di lampu isyarat berhampiran gerai majlis dan terus ke bangunan MPku 1.5km | |
Anda melalui bangunan bomba, bangunan mahkamah bangunan pjbt Daerah dan Sek. Agama. | |
JKR (D) Kulaijaya bersebelahan Sek.Agama Kulai di sebelah kanan anda. |