•  jurutera daerah baru
      
    Bismillah Black kacunk Newbie 
     salam
     

    Alhamdulilah,syukur ke hadrat Allah S.W.T.Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan para sahabat sekelian.

    Laman web JKR Daerah Ledang dibangunkan dengan hasrat untuk memperkenalkan Jabatan ini kepada masyarakat awam.Laman Web ini merupakan satu saluran alternatif bagi menyampaikan perkhimatan yang disedia oleh jabatan ini kepada semua penduduk di daerah ledang khasnya dan Negeri Johor amnya.

    Pengunjung Laman Web ini juga di alu-alukan untuk mengemukakan pertanyaan yang berkaitan dengan jabatan melalui alamat Email dan media sosial seperti Facebook yang disediakan dan saya juga berbesar hati menerima cadangan dan teguran yang bernas bagi memperbaiki Laman Web Ini .

    Akhir kata,saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kakitangan jabatan ini sama ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembangunan Laman Web JKR (D) Ledang ini.Saya juga berharap semoga maklumat yang disediakan dapat memberi manafaat kepada semua
    sekian,selamat melayari Laman Web Rasmi JKR derah Ledang

    Ir Aidi Bin Md Salleh
    Jurutera Daerah
    JKR DAERAH LEDANG,JOHOR

  • Ledang adalah sebuah daerah yang baru diwujudkan di Negeri Johor, Malaysia. Ibu daerah Ledang ialah Tangkak. Daerah Ledang merangkumi Bandar Tangak, Tanjung Agas, Sungai Mati, Kesang, Serom, Sagil, Bukit Gambir, Kundang Ulu dan Gersik. Asalnya daerah ini adalah bahagian utara daerah Muar yang dipisahkan dengan bahagian selatan oleh sungai Muar.

    Daerah Ledang merupakan sebuah daerah daripada 10 daerah di negeri Johor secara rasminya telah menjadi daerah baru pada 09hb Jun 2008 bersamaan 05 JamadilAkhir 1429H dirasmikan oleh Sultan Johor secara gilang-gemilang dan mempunyai keluasan 239,751 ekar atau 97,024 hektar. Mengikut bancian penduduknya berjumlah 132,778 orang (2010). Kedudukannya agak strategik di mana ia terletak di tengah-tengah negeri Johor bersempadan dengan negeri Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan. Daerah Ledang mempunyai 6 Mukim iaitu Tangkak, Serom, Gersik, BukitSerampang, Kundang dan Kesang.

    Lokasi Pejabat JKR Daerah Ledang adalah di alamat ; Pejabat Jurutera Daerah, JKR 1606, Jalan Sialang, 84900 Tangkak, berhadapan dengan Pejabat Besar Majlis Daerah Tangkak. Bangunan asal adalah merupakan setor penyelenggaraan jalan zon utara JKR Daerah Muar.

    Pegawai pertama yang telah ditempatkan di JKR Daerah Ledang adalah En. Zulkifli Bin Naim, seorang Pembantu Jurutera Kanan yang dipindahkan dari JKR Daerah Segamat pada 17hb Mei 2010 bersama dengan pekerja selenggara jalan seramai 24 orang semuanya.

    Jurutera Daerah pertama JKR Daerah Ledang adalah En. Abu Bakar Bin Ibrahim yang telah mula bertugas pada 16hb Jun 2010 hingga 31hb ogos 2014. Kini, Ir. Aidi Bin Md Salleh meneruskan pentadbiran JKR Ledang bermula 1 September 2014 sehingga kini.

    Sehingga tarikh penulisan ini JKR Daerah Ledang telah mempunyai 91 pegawai dan kakitangan yang menjalankan perlaksanaan projek dan menyenggara bangunan dan jalan raya dalam daerah Ledang.

  • (Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

    CARTA ORGANISASI JKR D TANGKAK 20161

     

  • 1 JURUTERA DAERAH Ir AIDI BIN MD. SALLEH  EMAIL     : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    TELEFON : 06-9787655
    FAX        : 06-9781350
    2 JURUTERA FASILITI ENCIK MOHD. FADZIL BIN HJ. RASIMAN  EMAIL     : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    TELEFON : 06-9787655
    FAX        : 06-9781350
    3 JURUTERA JALAN ENCIK WONG TECK NYEN EMAIL     : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    TELEFON : 06-9787655
    FAX        : 06-9781350
    4 JURUTERA BANGUNAN PUAN NORMAISARAH BINTI KASMUIN EMAIL     : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    TELEFON : 06-9787655
    FAX        : 06-9781350
  • PEJABAT JURUTERA DAERAH
    JABATAN KERJA RAYA
    DAERAH TANGKAK
    JKR 1606, JALAN SIALANG,
    84900 TANGKAK, JOHOR

    TEL : 06-9787655
    FAX: 06-9781350

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 03 Jun 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web