• Gambar JD 1

     

    Bismillah hirahmanirahim..
    Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia

    Pertama sekali saya merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pembangunan Laman Web Rasmi JKR Daerah Mersing. Dengan kerjasama dan kesungguhan mereka, Laman Web Rasmi JKR Daerah Mersing dapat dibangunkan sebagai sumber rujukan dan maklumat JKR keseluruhannya.

    Dengan adanya Laman Web ini, kakitangan JKR Mersing dan semua pelanggan akan dapat berkongsi sebarang maklumat dengan lebih mudah dan cepat, menepati hasrat kerajaan yang mahu menjadikan ICT sebagai sebahagian daripada budaya kerja dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja kakitangan awam.

    Saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada kakitangan yang terlibat. Dalam keghairahan mengecap kejayaan yang bermakna ini, kita tidak harus lupa untuk mendidik generasi baru untuk meneruskan usaha kita ini.. Disamping itu, pelbagai artikel akan di muatkan dari masa ke semasa untuk memberikan panduan kepada sesiapa sahaja yang melayari laman ini.

    Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelawat laman web ini tidak kira dimana juga anda berada. Sebarang komen dan cadangan adalah dialukan-alukan.

    Akhir sekali, saya amat berharap Laman Web ini akan sentiasa dapat dikemaskinikan dan ditingkatkan dengan pelbagai aplikasi khasnya untuk kegunaan kakitangan JKR Daerah Mersing dan semua warga JKR Malaysia. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini laman ini dan mengadakan laporan langsung dari majlis tertentu yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya. Dengan usaha serta kreativiti yang berterusan tentnya Laman Web ini akan sentiasa menarik dan terus ingin dilayari oleh semua kakitangan dan pelanggan- pelanggan JKR sebagai sumber rujukan dan maklumat mereka.

    Sekian, terima kasih.

     

    MOHAMAD KAMAL BIN MOHD RAUDZI
    JURUTERA DAERAH
    JABATAN KERJA RAYA MERSING

  • SEJARAH PENUBUHAN JKR (D) MERSING
    • Pejabat pertama JKR (D) Mersing terletak di kompleks Kerajaan Bangunan Lama, Jalan Ibrahim dengan kos pembinaan RM 48,000.00
    • Dipindahkan ke Bangunan PWD1, Jalan Abu Bakar, Mersing
    • Pada tahun 1970 JKR Daerah Mersing telah berpindah ke Aras 2, Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Jalan Ibrahim
    • Bangunan kini : Mula beroperasi pada Oktober 1998 dengan kos pembinaan hampir RM 2juta di Jalan Pancur, Mersing, Johor
    • Jurutera Bangunan : En. WB. William
      Pembantu Teknik : En. TR. Ives
      Penolong Pegawai Bangunan : En. Abd Rahman Bin Hj. Ahmad
  •  (Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

    3. CARTA ORGANISASI JKR

     

  • BIL  NAMA JURUTERA  TEMPOH
    1 IR. TAN YAN FATT   01.04.1972 – 30.06.1976
    2 IR. KONG MENG KUAT  01.07.1976 – 04.05.1977
    3 IR. T. SELVANAYAGAM  05.05.1977 – 04.08.1978
    4 IR. JAMIL BIN ABDULLAH  06.08.1978 – 15.06.1980
    5 IR. KHAIRI BIN AMBRAN  16.06.1980 – 30.09.1981
    6 IR. ZAINUDDIN BIN GHAZALI  01.10.1981 – 15.09.1984
    7 IR. YUSOF BIN AMIR  16.09.1984 – 15.06.1984
    8 IR. HASSAN BIN LONG AHMAD  16.06.1984 – 15.06.1991
    9 IR. LANDONG BIN WAKIMIN  01.10.1996 – 30.04.2000
    10 IR. ZAINAL ARSAD BIN MD. AMIN  01.05.2000 – 31.08.2000
    11 IR. MOHAMAD SALLEH BIN ABU BAKAR  01.09.2000 – 31.05.2007
    12 MOHD. NAZRI BIN ALI  01.06.2007 – 13.07.2011
    13 ABDUL HALIM BIN DAUD  01.07.2011 – 15.09.2012
    14 MOHAMMAD KAMAL BIN A. RAHMAN  16.09.2012 - 16.09.2015
    15 MOHAMAD KAMAL BIN MOHD RAUDZI 16.09.2015 - KINI

     

  • Pejabat Jurutera Daerah
    Jabatan Kerja Raya Mersing
    No 1000, Jalan Pancur
    86800 Mersing
    Johor Darul Ta'zim.

    No. Tel : 07-7994040 / 07 - 7994877 (Jurutera Daerah)
    Fax : 07-7994877
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.