• jurutera

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh , Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia.

    Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Laman Web, Jabatan Kerja Raya Daerah Muar kerana memberi ruang kepada saya menyampaikan kata-kata aluan dalam Laman Web JKR Daerah Muar. Disamping mendedahkan fungsi dan peranan Jabatan kepada pelanggan/kakitangn JKR ianya juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan maklumbalas kakitangan JKR dan pelanggan supaya interaksi dua hala antara Jabatan dan pelanggan/ Kakitangan JKR dikekalkan. Cara sebegini akan dapat menjalinkan serta mempereratkan lagi pertalian antara pegawai-pegawai dan warga JKR Muar dengan pelanggan.

    Saya dengan penuh yakin dan percaya, semua kakitangan JKR Muar akan terus berkerja sebagai satu pasukan, berdedikasi dan bersatu padu agar objektif untuk mencapai kecemerlangan organisasi akan sentiasa direalisasikan. Adalah menjadi harapan saya dengan wujudnya laman Web ini dipersada dunia tanpa sempadan dapat memberikan kepuasan kepada sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat dan produk yang ditawarkan oleh Jabatan Kerja Raya Muar dengan cara yang mudah dan pantas. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dan menjayakan laman web ini.

    Ir. Hj. Nordin Bin Abdul Rahman

    Jurutera Daerah JKR Muar

  • Pada mulanya Jabatan Kerja Raya Muar di Ketuai oleh Datuk Mat Salleh bin Perang. Beliau telah di tugaskan mengetuai Jabatan Ukur, Tanah dan Kerja Raya Johor. Aktiviti dan fungsi Jabatan Kerja Raya Muar bermula daripada 10 April 1887 (tarikh Datuk Bentara Luar Johor mula tugasnya membangunkan Muar Modern).

    Dalam tahun 1892 YB Setiausaha Kerajaan Johor telah mengarahkan Ungku Endut bertukar ke Muar untuk menubuhkan sebuah Jabatan Kerja Raya yang berpindah dari Jabatan Ukur dan Tanah. Sebelum ini Ungku Endut adalah Penolong Penguasa Jabatan Kerja Raya Johor di bawah En Yahya bin Shaaban Al datar yang menjadi Penguasa nya.

    Sebelum ini Pentadbiran JKR, Muar terletak di Bangunan Sultan Abu Bakar Jalan Petri Muar iaitu dari tahun 1922 hingga 31.05.1974. JKR muar telah berpindah ke Bangunan sendiri di Jalan Othman Muar Johor yang ada sekarang ini pada 01.06.1974. Bangunan ini sebelumnya sebuah Rumah Persinggahan Muar.

  • (Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

     

  • JURUTERA-JURUTERA YANG PERNAH BERKHIDMAT DI JABATAN KERJA RAYA MUAR SEBELUM PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

     BIL NAMA   TEMPOH 
     1  Luis Henry James Wilson  24.2.1912  3.3.1913
     Lambert Bowen  14.3.1913 26.12.1915 
     Ringrose Charles Drew  1.3.1915  23.2.1919
    Oscar Wilson  1.1.1920  28.2.1919
     Mark Casey    1.3.1921  9.4.1923
     W.H. Hip Well   10.4.1923  
     J.S. Boissier  1.1.1929  
     S. Brayshay    12.1.1933   9.11.1934
     William Humphery Hipwell    1.4.1940  30.9.1940
    10   M.G.   Furgusan  1.10.1940  Masa   Pendudukan Jepun
        
        SELEPAS KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
     BIL  NAMA   TEMPOH 
     1  Md.Tahir b. Awang    9.1.1943  27.1.1945
     S.A. Jordan    27.1.1945  1.1.1946
     M.B. Hember    18.4.1946  18.6.1947
     S.A. Jordan   18.6.1947   27.2.1948
     J.A. Henderson   27.2.1948   8.6.1948
     A.D. Campbell B.S.C.    21.6.1948  26.2.1951
     L.S. Dodd    26.2.1951  Feb.1953
     R.R.H. Rains   (Relief) Feb. 1953  
     E.S. Pollard    Mac 1953  10.12.53
    10   R.W. Baker    30.12.1953  11.06.1956
    11   G.M. Samson    11.6.1956  11.4.1957
    12   Tong Kay Chor    11.4.1957  5.8.1957
        
     SELEPAS KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
     BIL NAMA  TEMPOH  
     1  Ir. J. W. Wright    05.08.1957  28.02.1958
     Ir. William Manson Hing    01.3.1958  31.03.1960
     Ir. Charles Gorman   01.04.1960   13.06.1965
     Ir. T.A. Jegaraj    13.06.1965  11.11.1967
    Ir. Lee Kim Seng 11.11.1067 29.01.1970
     Ir. Jhiu Hon Seng  28.01.1970 15.06.1973
      Ir. Tham Soon Yoon 15.06.1973 10.8.1976
    Ir. Lim Boon Kang  10.08.1976 15.10.1977
      Ir. Quah Kean Yeang  15.10.1977  15.10.1979
    10  Ir. Ooi Gin Hoay 15.10.1979 31.12.1983
    11   Ir. Harchand Singh   01.01.1984 31.05.1990
    12  Ir. Yeap Nie Tian  01.06.1990  16.03.1995
    13 Hj. Mahadi bin Latiff  16.03.1995 16.02.2004
    14 Hj. Ahmad Baidove b. Hj. Anuar  16.02.2004 16.04.2005
    15 Mohd Arif b. Abu Bakar 16.04.2005 16.05.2005
    16 Hj. Kamarudin b Kadis  16.10.2005 15.10.2006
    17 Sa'don b Hussein  15.10.2006 16.11.2007
    18 Othman b Nordin 16.11.2007 15.04.2009
    19 Zainal Abidin bin Hassan 16.04.2009 09.08.2010
    20 Ramli bin Osman 09.08.2010 16.07.2014
    21 Rohaya binti Abdul Mois 17.07.2014 25.05.2015
    22 Ir. Haji Nordin bin Abdul Rahman 26.05.2015 sekarang

     

     

  • PEJABAT JURUTERA DAERAH
    Jabatan Kerja Raya (D) Muar
    Jalan Othman,
    Muar 84000,
    Johor Darul Takzim

    TEL : 06 9521611
    FAX : 06 9519611
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 19 April 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web