• Assalamualaikum w.b.r.t..

    Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Unit ICT JKR Pontian ,kerana memberi ruang kepada saya menyampaikan kata - kata aluan dalam Laman Web Jabatan. Sebagaimana sedia maklum Laman Web merupakan media bagi menyampaikan maklumat kepada dunia luar.

    Disamping mendedahkan fungsi dan peranan Jabatan kepada orang Awam, ianya juga bertujuan mendapatkan maklumat dan maklum balas Jabatan dan Agensi lain dengan lebih mudah dan cepat selaras dengan matlamat kerajaan membawa negara menuju ke Era Dunia Multimedia Super Coridor (MSC). Justeru itu usaha - usaha JawatanKuasa ini dalam mengumpul maklumat - maklumat, data - data dan gambar-gambar jabatan dalam Laman Web ini dapat mendedahkan kepada umum fungsi dan objektif JKR Pontian supaya masyarakat dapat mengetahui peranan Jabatan dalam menyumbang kearah pembangunan negara.

    Sebagai agensi kerajaan yang peka dengan arus perkembangan teknologi maklumat melalui Internet, jabatan ini tidak mahu ketinggalan sama menyaingi agensi - agensi kerajaan lain dalam mencapai matlamat pemimpin melahirkan KERAJAAN ELEKTRONIK selaras dengan Wawasan 2020. Sehubungan dengan itu saya amat berbesar hati jika anda dapat memberikan maklum balas dan komen membina kepada kami demi untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami.

    Selamat melayari laman web ini.. Sekian terima kasih.

    Mohd Zafuan Arif Bin Kadim

    Jurutera Daerah JKR Pontian

  • Jabatan kerjaraya mula ditubuhkan di negara ini pada 1872.Pejabat JKR Daerah pontian terletak di bangunan sendiri Pejabat asal JKR Pontian terletak di bangunan Sultan Ismail.Telah berpindah ke pejabat sekarang JKR 1869 Jln. Alsagoff pada 1995. Pejabat JKR Daerah Pontian berada di Jalan Alsagoff, yang mempunyai keluasan sebesar 1299 m2 dan dibina oleh kontraktor Syarikat Zainal & Din Construction Sdn. Bhd. yang menelan kos sebanyak RM 1 244 864.00. Sebelum ini, pentadbiran JKR terletak di Pejabat Daerah Pontian; iaitu di Bangunan Sultan Ismail. Ia telah berpindah ke bangunan baru ini pada tahun 1955.

    JKR Daerah Pontian diterajui melalui beberapa unit yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu. JKR Pontian bertanggungjawab dalam urusan pembangunan infrastruktur dan bertindak sebagai Perunding Teknikal kepada Jabatan-Jabatan lain di Daerah Pontian. Organisasi JKR Pontian yang diketuai oleh seorang Jurutera Daerah mempunyai kekuatan anggota seramai 118 orang pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Negeri serta 13 orang pegawai Perkhidmatan Persekutuan. struktur JKR Pontian terbahagi kepada 5 bahagian utama dan pecahan Unit.

  • (Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

  • SEJARAH BEKAS NAMA JURUTERA DAERAH JKR PONTIAN 

    NAMA TAHUN BERKHIDMAT
    TAN CHENG LOCK  1976
    Ir.P. BALASHANMUGAN  1978
    Ir JAILANI BIN ABDULLAH  1979
    Ir .CHEW YEW HUAT  1980
    Ir.PESAL BIN ABDULLAH  1980
    Ir.ISMAEL BIN MD DIAH  1984
    Ir .HJ MAHMOOD BIN AMIR  16.10.1989 - 1.9.1996
    Ir.ZULKEFLY BIN IDRIS  01.11.1996 - 01.01.1998
    Ir.HJ ABD.JALIL BIN SAZALI  01.01.1998 - 16.01.2001
    Ir .HJ PATAHORAHMAN BIN ISHAK  16.01.2001 - 25.04.2006
     Ir.MOHD NASIR BIN HJ BONTAT  01.07.2006 - 15.07.2011
     Ir ISMAIL BIN IBRAHIM  16.07.2011 - 14.02.2016
    MOHD ZAFUAN ARIF BIN KADIM 15.02.2016 Hingga sekarang
  • Pejabat Jurutera Daerah JKR Pontian
    Jabatan Kerja Raya JKR
    1869 Jalan Alsagoff
    82000 Pontian

    Tel : 07-6271388 / 07-6871850
    Fax : 07-6879740
    Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.