Pengarah

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


Selamat datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Johor.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Pengurusan & Pembangunan Laman Web JKR Johor khusunya Bahagian Pentadbiran yang menyediakan laman web ini. Laman Web Jabatan Kerja Raya Johor dibangunkan dengan tujuan untuk memperkenalkan jabatan ini kepada masyarakat awam serta menjadi saluran alternatif maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan jabatan ini.

Kandungan laman web ini adalah diharapkan dapat dimanfaatkan oleh semua pegawai dan kakitangan untuk mepertingkatkan lagi prestasi kerja harian masing-masing.
Harapan saya semoga maklumat-maklumat yang disediakan melalui laman web ini memberi manfaat kepada kita semua dan juga pelanggan-pelanggan JKR Johor. Saya juga mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini dan selamat melayari laman web ini.

Ir Haji Mohamad Salleh Bin Abu Bakar

( Pengarah Kerja Raya Johor )