Sejarah

Sejarah Penubuhan JKR Malaysia

Mengikut penerbitan sejarah penubuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan oleh Arkib Negara pada tahun 1988, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1780 an yang berkemungkinan ada kaitan dengan penubuhan Pulau Pinang pada tahun 1786. Catatan rekod yang diperoleh adalah seperti berikut;

1780an – Jabatan Kerja Raya telah wujud sebagai salah satu Jabatan Kerajaan yang paling awal.
1819 – Keberkesanan organisiasi dan operasi jabatan ini mulai jelas selepas pembukaan Singapura.
Feb 1948 – Organisais Jabatan Kerja Raya diubahsuai selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan.
April 1951 – Jabatan Kerja Raya diletakkan dibawah portfolio Ahli untuk Kerja Raya dan Perumahan,
Ogos 1955 – Jabatan ini dibawah Kementerian Kerja Raya.
1956 – Diletakkan di bawah Kementerian Kerja Raya, Telekom dan Pos.
1963 – Diletakkan di bawah Kementerian Kerja Raya, Telekom, Tenaga dan Pos
1976 – Jabatan ini diletakkan dibawah Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam.
1983 – Diletakkan dibawah Kementerian Kerja Raya.

Sejarah Penubuhan JKR Johor

Pentadbiran Negeri Johor pada awalnya berpusat di Teluk Belanga Singapura dan hanya 3 jabatan sahaja yang menjdi asas kepada pentadbiran negeri pada masa itu. Jabatan tersebut ialah;
1. Pejabat Temenggong
2. Pejabat Istana
3. Pejabat Menteri Besar
Seterusnya Pentadbiran Negeri Johor telah dipindahkan ke Johor Bharu diantara tahun 1855 hingga 1873. Menurut rekod, beberapa lagi jabatan telah ditubuhkan iaitu;

1. Setiausah Kerajaan Negeri.
2. Penbendaharaan Negeri.
3. Jabatan Polis.
4. Jabatan Kehakiman.
5. Jabatan Laut.
6. Jabatan Penjara.
7. Jabatan Kerja Raya.

Jabatan Kerja Raya Johor telah ditubuhkan pada tahun 1873 dan telah dikenali sebagai Jabtan Tanah dan Kerja Raya. Jabatan ini serta jabatan-jabatan lain yang ada pada ketika itu kebanyakan mengambil khidmat pegawai-pegawai berbangsa Eropah secara kontrak. Kesemua Jabatan ini telah diletakkan dibawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Pada tahun 1883, terdapat pengkhususan tugas yang lebih jelas dengan pengasingan Jabatan Kerja Raya daripada Jabatan Tanah dan diletakkan dibawah seorang Pesuruhjaya British secara kontrak. Jabatan ini berpusat di Johor Bharu. Pada tahun 1901, pentadbiran jabatan diletakkan dibawah seorang Yang Dipertua dan dikenali sebagai Jabatan Kerja Raya, Ukur Tanah dan Bandaran dengan ditadbirkan bersama oleh seorang Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Bendahari, dan Pesuruhjaya dipisahkan kepada dua jabatan yang berasingan. Bahagian Ukur pula telah diserahkan dibawah Jabatan Tanah sehingga ia ditubuhkan sebagai jabatan yang berasingan pada tahun 1914.