LAWATAN TEKNIKAL JKR JOHOR KE SELANGOR DAN NEGERI SEMBILAN

Lawatan teknikal ke Masjid Haji Fisabilillah, Cyberjaya, projek konservasi Masjid Sultan Alaeddin, Kuala Langat, Selangor dan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Negeri Sembilan telah di adakan pada 21-22 November 2017.
Disertai seramai 34 orang peserta yang di ketuai oleh Ar. Mohamad Nazli Bin Ramli (Arkitek Penguasa JKR Johor) serta kakitangan Bhg. Arkitek, Bhg. Bangunan, Bhg. Jalan, Bhg. Senggara Aset, Caw. Mekanikal, Caw. Elektrik, JKR Daerah dan Jabatan Agama Johor.
Program lawatan ini bertujuan mempelajarai serta menimba ilmu pengetahuan dalam melaksanakan dan menyelaras kerja-kerja konservasi bangunan di bawah Jabatan Kerja Raya Johor. Semoga lawatan ini bermanfaat buat semua peserta.​IMG 4894

Sila klik disini untuk coretan bergambar sepanjang lawatan teknikal JKR Johor

JKR JOHOR TERIMA ANUGERAH 5 BINTANG INDEKS AKAUNTABILITI TAHUN 2016

JKR Johor telah dianugerahkan Anugerah Penarafan 5 Bintang bagi Tahun 2016 di Majlis Penyampaian Anugerah Indeks Akauntabiliti. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB. Dato' Haji Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor kepada Ir. Haji Mohamad Salleh Bin Abu Bakar, Pengarah Kerja Raya Johor. Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga kerja JKR Johor sehingga dianugerahkan Anugerah Penafaran 5 Bintang Indeks Akauntabiliti Tahun 2016 untuk JKR Johor.

penarafan5bintang

TAHNIAH DAN SYABAS JKR (D) JOHOR BAHRU & JKR (D) MUAR SEMPENA HARI INOVASI JKR MALAYSIA 2017

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada JKR Daerah Johor Bahru dan JKR Daerah Muar kerana telah berjaya memenangi Anugerah sempena Hari Inovasi JKR Malaysia 2017 di CREaTE, Melaka. JKR Daerah Johor Bahru telah berjaya menjadi Johan untuk Anugerah Pengurusan JKR Daerah Terbaik 2017 dengan membawa pulang trofi, sijil penghargaan dan wang tunai. Bagi Anugerah Konvensyen KIK JKR 2017 (Kategori Teknikal), JKR Daerah Muar menerusi Kumpulan Permata Maharani menjadi Naib Johan. Tahniah diucapkan atas kejayaan ini semoga dapat dikekalkan pada tahun akan datang dan mencipta lebih banyak lagi produk inovasi.

Hari Inovasi JKR Malaysia 2017 yang bertemakan “Innovation; Catalyst for Sustainability” telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya pada 2 Oktober 2017(Isnin), bertempat di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR Malaysia (CREaTE). Turut hadir sama pada majlis perasmian ini ialah YBhg. Dato’ Sri Zohari Bin Haji Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya, pegawai – pegawai kanan Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya serta warga kerja Jabatan Kerja Raya.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembuka oleh Pengarah JKR Negeri Melaka, YBrs. Tuan Ir. Zulkifly bin A. Ghani selaku tuan rumah, disusuli ucapan aluan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha. Acara kemuncak ialah ucapan perasmian oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof. Antara amanat yang disampaikan oleh YB Dato’ Sri Menteri Kerja Raya adalah untuk berdepan dengan apa jua cabaran, domestik mahu pun global, bagi memastikan usaha-usaha yang dilaksanakan mencapai kejayaan, maka warga kerja JKR perlu bersiap siaga meneroka ilmu pengetahuan dan kepakaran serta melakukan anjakan minda. Selain itu, YB Dato’ Sri Menteri Kerja Raya mengharapkan warga kerja JKR terus memperkasakan usaha mereka cipta produk – produk baru lagi inovatif dan mengeluarkan idea yang kreatif bagi meningkatkan prestasi dan kualiti penyampaian perkhidmatan seiring dengan tema Hari Inovasi JKR tahun 2017 iaitu “Innovation; Catalyst for Sustainability”.

master

Sila klik di sini untuk coretan bergambar Hari Inovasi JKR 2017

 

MESYUARAT JURUTERA AWAM JKR MALAYSIA 2017

Majlis perasmian Mesyuarat Jurutera Awam JKR Malaysia 2017 telah diadakan pada 17 September 2017 bertempat di Dewan Banquet, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim. Penganjuran mesyuarat kali ke-8 ini bertemakan “Managing Perception”, di mana sebagai kakitangan di Jabatan Kerja Raya yang merupakan Jabatan Teknikal utama kerajaan Malaysia secara amnya dan sebagai Jurutera Awam secara khususnya perlu membuka mata dan menyelami persepsi-persepsi di sekeliling bagi meningkatkan lagi pencapaian JKR secara keseluruhannya. Majlis dirasmikan oleh Ketua Disiplin Awam, YBrs. Ir. Hj. Zulakmal bin Hj. Sufian.

Majlis Penutup Mesyuarat Jurutera Awam dimulakan dengan sesi bergambar bersama Yang Berbahagia Dato’ Sri Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR). Seterusnya, Yang Berbahagia Dato’ Sri KPKR berkesempatan melawat booth pameran yang disediakan di Perkarangan Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Johor. Sesi townhall bersama Yang Berbahagia Dato’ Sri KPKR dan Ketua Disiplin Awam yang baru iaitu Yang Berusaha Ir. Hj. Zulakmal Bin Hj. Sufian dimulakan dengan pembentangan oleh tiga (3) orang wakil pegawai dari gred J41, J44 dan J48 berdasarkan hasil bengkel yang telah diadakan oleh Urusetia Disiplin Awam pada 28 hingga 29 Ogos 2017 di CREaTE. Mesyuarat Jurutera Awam Tahun 2017 ini diakhiri dengan Ucapan Penutup oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya.

MJA 2017

Sila klik di sini untuk coretan bergambar sepanjang mesyuarat berlangsung (Hari Pertama)

Sila klik di sini untuk coretan bergambar sepanjang mesyuarat berlangsung (Hari Kedua & Ketiga)

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK & PERASMIAN PERUMAHAN BARU KG. KASTAM LARKIN

12 September 2017. Projek pembinaan perumahan baru Kg. Kastam Larkin telah berjaya disiapkan dengan sempurna dan memenuhi keperluan pelanggan. Projek pembinaan yang sebelum ini terbengkalai telah diteruskan oleh kontraktor syarikat Muara Atur Sdn. Bhd yang memasuki tapak pada Disember 2015 dan siap sepenuh pada Mei 2017 untuk tempoh 18 bulan sahaja.

Projek yang menelan belanja RM18 juta merangkumi 2 blok 9 tingkat dengan setiap tingkat mempunyai 4 ruang rumah selain dibahagian sekitarnya dengan bangunan pencawang, tapak permainan, dan kawasan parkir.

Majlis menandatangani dokumen penyerahan dan penyerahan kunci telah diadakan pada 12 September 2017 di antara JKR dan pihak pelanggan yang di hadiri Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato' Sri Subromaniam Tholasy dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Tuan Kamaluddin Abdul Rashid. . Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Tuan Kamaluddin Abdul Rashid mewakili JKR manakala Ketua Pengarah Kastam, YBhg. Dato' Sri Subromaniam Tholasy mewakili pejabatnya Kastam Malaysia

Hadir sama, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan & Pengurusan, Kementerian Kewangan, Dato' Siti Fatimah Daud; Pengarah Kanan Cawangan Bangunan Am 1, JKR Malaysia, Dato' Ir. Haji Mohd Jamal Sulaiman; Pengarah Kastam Johor, Dato' Jaafar Mat Jawi dan Timbalan Pengarah JKR Johor, Haji Md. Said Sidik selain wakil-wakil pegawai kanan pejabat Kastam Malaysia, Johor, Pegawai kanan ICU, pegawai kanan Kementerian Kewangan dan JKR Johor.

Di majlis sama, YBhg. Dato' Sri Subromaniam Tholasy turut merasmikan Perumahan Baru Kg. Kastam Larkin sambil meninjau melihat ruang rumah yang dibina dan berpuas hati dengan siapnya projek berkenaan.

Kami warga kerja JKR Johor mengucapkan syabas dan tahniah kepada JKR Johor Bahru selaku pegawai penguasa, pasukan projek, syarikat perunding, kontraktor dan semua pihak yang terlibat.

kastam2017

kastam 2017

  • 1
  • 2