MESYUARAT JURUTERA AWAM JKR MALAYSIA 2017

Majlis perasmian Mesyuarat Jurutera Awam JKR Malaysia 2017 telah diadakan pada 17 September 2017 bertempat di Dewan Banquet, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim. Penganjuran mesyuarat kali ke-8 ini bertemakan “Managing Perception”, di mana sebagai kakitangan di Jabatan Kerja Raya yang merupakan Jabatan Teknikal utama kerajaan Malaysia secara amnya dan sebagai Jurutera Awam secara khususnya perlu membuka mata dan menyelami persepsi-persepsi di sekeliling bagi meningkatkan lagi pencapaian JKR secara keseluruhannya. Majlis dirasmikan oleh Ketua Disiplin Awam, YBrs. Ir. Hj. Zulakmal bin Hj. Sufian.

Majlis Penutup Mesyuarat Jurutera Awam dimulakan dengan sesi bergambar bersama Yang Berbahagia Dato’ Sri Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR). Seterusnya, Yang Berbahagia Dato’ Sri KPKR berkesempatan melawat booth pameran yang disediakan di Perkarangan Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Johor. Sesi townhall bersama Yang Berbahagia Dato’ Sri KPKR dan Ketua Disiplin Awam yang baru iaitu Yang Berusaha Ir. Hj. Zulakmal Bin Hj. Sufian dimulakan dengan pembentangan oleh tiga (3) orang wakil pegawai dari gred J41, J44 dan J48 berdasarkan hasil bengkel yang telah diadakan oleh Urusetia Disiplin Awam pada 28 hingga 29 Ogos 2017 di CREaTE. Mesyuarat Jurutera Awam Tahun 2017 ini diakhiri dengan Ucapan Penutup oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya.

MJA 2017

Sila klik di sini untuk coretan bergambar sepanjang mesyuarat berlangsung (Hari Pertama)

Sila klik di sini untuk coretan bergambar sepanjang mesyuarat berlangsung (Hari Kedua & Ketiga)