TAHNIAH DAN SYABAS JKR (D) JOHOR BAHRU & JKR (D) MUAR SEMPENA HARI INOVASI JKR MALAYSIA 2017

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada JKR Daerah Johor Bahru dan JKR Daerah Muar kerana telah berjaya memenangi Anugerah sempena Hari Inovasi JKR Malaysia 2017 di CREaTE, Melaka. JKR Daerah Johor Bahru telah berjaya menjadi Johan untuk Anugerah Pengurusan JKR Daerah Terbaik 2017 dengan membawa pulang trofi, sijil penghargaan dan wang tunai. Bagi Anugerah Konvensyen KIK JKR 2017 (Kategori Teknikal), JKR Daerah Muar menerusi Kumpulan Permata Maharani menjadi Naib Johan. Tahniah diucapkan atas kejayaan ini semoga dapat dikekalkan pada tahun akan datang dan mencipta lebih banyak lagi produk inovasi.

Hari Inovasi JKR Malaysia 2017 yang bertemakan “Innovation; Catalyst for Sustainability” telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya pada 2 Oktober 2017(Isnin), bertempat di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR Malaysia (CREaTE). Turut hadir sama pada majlis perasmian ini ialah YBhg. Dato’ Sri Zohari Bin Haji Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya, pegawai – pegawai kanan Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya serta warga kerja Jabatan Kerja Raya.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembuka oleh Pengarah JKR Negeri Melaka, YBrs. Tuan Ir. Zulkifly bin A. Ghani selaku tuan rumah, disusuli ucapan aluan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha. Acara kemuncak ialah ucapan perasmian oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof. Antara amanat yang disampaikan oleh YB Dato’ Sri Menteri Kerja Raya adalah untuk berdepan dengan apa jua cabaran, domestik mahu pun global, bagi memastikan usaha-usaha yang dilaksanakan mencapai kejayaan, maka warga kerja JKR perlu bersiap siaga meneroka ilmu pengetahuan dan kepakaran serta melakukan anjakan minda. Selain itu, YB Dato’ Sri Menteri Kerja Raya mengharapkan warga kerja JKR terus memperkasakan usaha mereka cipta produk – produk baru lagi inovatif dan mengeluarkan idea yang kreatif bagi meningkatkan prestasi dan kualiti penyampaian perkhidmatan seiring dengan tema Hari Inovasi JKR tahun 2017 iaitu “Innovation; Catalyst for Sustainability”.

master

Sila klik di sini untuk coretan bergambar Hari Inovasi JKR 2017

 

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 19 April 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web