πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐂𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ π’πˆπ€π πƒπˆ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 ππŽππ“πˆπ€π, π‰πŽπ‡πŽπ‘

PONTIAN, 26 Januari 2026 – YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) telah hadir mengiringi Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Dan Penyerahan Projek Siap di daerah Pontian, Johor.

Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya; YBrs. Ir. Ts. Mohamad Fazli Bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur Dan Komunikasi Negeri Johor; YB Puan Hajah Hasrunizah binti Hassan, ADUN Pulai Sebatang; YBrs. Mohamed Fauzi bin Mohammed Hanafiah, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan & Penswastaan, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan YBrs. Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamat, Pegawai Daerah Pontian.

Penyerahan SST melibatkan Projek Menaik Taraf dan Pelebaran Jambatan Pontian Besar (FT005) yang akan dilaksanakan selama 36 dan dijangka siap pada bulan Januari 2029. Projek ini melibatkan kerja pelebaran jambatan dari dua (2) lorong dua (2) hala kepada empat (4) lorong dua (2) hala serta kerja menaik taraf persimpangan. Selain itu dalam majlis yang sama, turut berlangsung Majlis Penyerahan Projek Menggantikan Jambatan FT005/053/50 Sg. Pontian Kechil, Pontian, Johor yang telah siap sepenuhnya pada 25 Januari 2025.

Projek-projek ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam usaha memastikan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terus diutamakan khususnya jambatan yang telah uzur, sempit dan berisiko. JKR Malaysia terus komited memperkukuh infrastruktur jalan raya. Projek menaik taraf & pelebaran Jambatan Pontian Besar (FT005) akan menyediakan laluan lebih selamat, lancar dan selesa, menyokong kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi setempat.