SESI LIBAT URUS PELAN STRATEGIK JKR MALAYSIA 2026-2030 (SIRI 2)

Tarikh: 12 Jun 2025 (Khamis)

Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Johor

Program dimulakan dengan montaj IAMJKR serta pembukaan rasmi oleh Ir. Fazela binti Mustapa, Sekretariat Pelan Strategik JKR Malaysia merangkap Ketua Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi, CDPK.

Antara pengisian utama sesi ini termasuk pembentangan lima tema strategik oleh peneraju tema dari CPAB, CKBA1, CKAS, CA dan CREaTE. Sesi soal jawab yang aktif dan konstruktif turut diadakan bagi memastikan semua pihak jelas dengan rencana yang dibentangkan.

Fokus utama sesi adalah untuk memperkukuh aspirasi JKR dalam bidang pengurusan aset, kepuasan pelanggan, kecemerlangan teknikal, kelestarian dan inovasi organisasi.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen tinggi dalam menjayakan sesi ini.