Majlis Penyerahan Jambatan Panel Keluli Bermodular (JPKB) kepada Pengarah-Pengarah Negeri

Pada 31 Oktober 2022 telah berlangsung Majlis Penyerahan Jambatan Panel Keluli Bermodular (JPKB) kepada Pengarah-Pengarah Negeri yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) KKR, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) serta Pengarah-Pengarah Negeri. Dalam majlis ini YBhg. Dato’ Wira KSU telah menyampaikan ucapan berkenaan bencana dan kesiapsiagaan pihak KKR dan JKR dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL). Stok Jambatan Panel Keluli Bermodular (JPKB) telah diserahkan kepada 7 JKR Negeri yang terlibat iaitu JKR Negeri Johor, JKR Negeri Sembilan, JKR Negeri Selangor, JKR Negeri Perak, JKR Negeri Perak, JKR Negeri Kedah, dan JKR Negeri Kelantan. JKR Johor telah menerima jambatankeluli 140 kaki (42.67 meter) Double Lane dan akan ditempatkan di JKR Daerah Johor Bahru.

Lain-lain Berita