Lawatan Kerja Pengarah Rekabentuk Cawangan Kejuruteraan Mekanikal ke Tapak Projek Kompleks Penyayang Kempas, Johor Bahru, Johor

11 November 2022 (Jumaat) – Satu lawatan kerja Pengarah Rekabentuk Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat Kuala Lumpur YBrs Ir. Suhaili bin Mansor ke tapak projek pembinaan Kompleks Penyayang Kempas, Johor telah diadakan pada pagi ini.

Lawatan kerja tersebut yang bertujuan meninjau kemajuan projek dan koordinasi sistem-sistem mekanikal turut dihadiri bersama oleh pasukan Rekabentuk Mekanikal Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya dan juga pasukan projek JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor. Pihak wakil pegawai penguasa dari pasukan Projek Persekutuan Negeri Johor, kontraktor utama dan kontraktor-kontraktor sistem mekanikal turut bersama-sama dalam lawatan kerja tersebut bagi memberi gambaran jelas perjalanan projek dan status semasa kerja-kerja di tapak.

Tuan pengarah juga mengucapkan tahniah kepada semua pasukan projek yang terlibat atas kerjasama dalam kelancaran projek khususnya bagi sistem mekanikal.

Lain-lain Berita