Majlis Penyerahan Projek Membina Baru Masjid Jamek Kampung Parit Simis Mukim 18, Seri Medan, Batu Pahat, Johor

Pada Hari Khamis 10 November 2022 bersamaan 16 Rabiul Awwal 1444H, satu Majlis Penyerahan Projek ini telah di adakan di Parit Simis, Seri Medan, Batu Pahat Johor.

Projek telah diserahkan oleh Jurutera Daerah JKR Batu Pahat, Ir. Fairul Azrie b. Yaacob kepada Pengarah Pembangunan Negeri Johor Tuan Haji Rahman bin Mohd Din. Seterusnya bangunan telah diserahkan kepada Bahagian Pembangunan Masjid, Jabatan Agama Islam negeri Johor yang diwakili oleh Tn Hj Abd Rahman bin Othman.

Majlis Penyerahan ini turut dihadiri oleh Ir. Aidi bin Mohd Salleh, Jurutera Awam Penguasa Bangunan JKR Johor dan juga YB Dato’ Zulkarnain bin Kamisan, Ahli DUN Seri Medan. Turut hadir juga pasukan projek dari JKR Batu Pahat dan JKR Ibu Pejabat, wakil PPNJ, JAIJ dan wakil kariah masjid.

Masjid bernilai RM 1.5 juta ini telah dibina oleh kontraktor Perusahaan Sahabat Sepakat Sdn Bhd dan telah menggunakan rekabentuk piawai Masjid JKR Johor. Diharap dengan penyerahan projek ini, komuniti dan kariah setempat boleh mendapat manfaat sepenuhnya dari bangunan masjid baru tersebut. Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan projek dari JKR Daerah Batu Pahat dan IbuPejabat JKR Johor atas kejayaan menyiapkan projek.

Lain-lain Berita