Pengarah Kerja Raya rasmi Galeri JKR Daerah Muar yang sarat dengan bahan sejarah

Bahan-bahan sejarah lama seperti peralatan, mesin dan lain-lain kegunaan kakitangan sejak tahun 1980an kini diarkibkan dan diletakkan di Galeri JKR Daerah Muar sebagai satu muzium galeri untuk JKR Johor.

Galeri JKR Daerah Muar telah dirasmikan oleh Pengarah Kerja Raya Johor, Ir. Abu Bakar bin Abd Aziz pada 13 November 2022. Hadir sama Timbalan Pengarah Kerja Raya, Ir. Ts. Mohd Nasir bin Bontat dan pengurusan tertinggi JKR Johor bersempena Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JKR Johor bil. 8 Tahun 2022.

Pengarah merasmikan Galeri JKR Daerah Muar. Foto: Azmil Aziz Korporat

Penubuhan Galeri JKR Daerah adalah merupakan cetusan idea Jurutera Daerah dan hasil penelitian sumber, kesemua bahan-bahan sejarah ini perlu diarkibkan dan digalerikan bagi menyimpanan khazanah JKR yang telah pupus di telan zaman.

Kini pelbagai teknologi baharu telah digunapakai namun bahan-bahan dan peralatan lama ini kekal sebagai bahan sejarah yang perlu dikenang bagaimana pada zaman-zaman terdahulu berfungsi.

Sejarah peralatan bahan sejarah akan diperincikan oleh JKR Daerah Muar.

Lain-lain Berita