Kerajaan Johor bentang Belanjawan 2023 dengan ‘Surplus’ RM2.44 juta

Kerajaan Johor hari ini membentangkan Belanjawan Johor 2023 dengan lebihan atau ‘surplus’ sebanyak RM2.44 juta. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pada tahun hadapan, unjuran hasil negeri adalah sebanyak RM1,734.18 juta.

Menurut beliau, unjuran perbelanjaan pada tahun 2023 pula adalah sebanyak RM1,731.74 juta.

“Sejumlah RM1,126.74 juta diperuntukkan bagi tujuan Belanja Mengurus. Pecahan Belanja Mengurus meliputi perkara-perkara berikut:

“Pertama, emolumen sebanyak RM559.54 juta. Kedua, perkhidmatan dan bekalan sebanyak RM316.73 juta. Ketiga, aset sebanyak RM27.86 juta.

“Keempat, pemberian dan kenaan bayaran tetap RM209.37 juta dan kelima, perbelanjaan lain sebanyak RM13.24 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2023 bertemakan ‘Maju Johor : Makmur Bersama Rakyat’, hari ini.

Onn Hafiz berkata, anggaran perbelanjaan pembangunan pula secara keseluruhan pada tahun hadapan adalah sebanyak RM600 juta yang akan ditampung melalui Kumpulan Wang Pembangunan.

Sumber artikel dan gambar: Media Digital Johor

Lain-lain Berita