Majlis Penyerahan Projek MenaikTaraf Tangkak Racing Track (TRT), Johor

Majlis penyerahan projek siap kepada pihak pelanggan bagi Projek Menaiktaraf Tangkak Racing Track (TRT), Johor telah diadakan pada 18 Januari 2023 (Rabu) bertempat di Tangkak Racing Track (TRT), Grisek, Johor.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Ir. Azmilhizam bin Md.Isa, Jurutera Daerah JKR (D) Tangkak, disaksikan oleh YBhg. Tuan Ir. Ts. Haji Kamaruzzaman bin Kasimin, Ketua Jurutera Elektrik Negeri Johor kepada YBhg Tuan Mohd Faez Bin Othman, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan disaksikan oleh YBhg Tuan Mohamad Mazlan Bin Anis, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan, Belia Jabatan Belia Sukan Negara Johor.

Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran Pegawai-pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan yang mengiringi Tuan Mohd Faez Bin Othman, Pegawai Belia dan Sukan daerah Tangkak, Pasukan HOPT dan HODT dari Ibu Pejabat JKR Ibu Pejabat, Pegawai-pegawai dari pasukan JKR (D) Tangkak serta WPP-WPP Pakar JKR Johor.

Projek ini adalah sambungan dari Kompleks Tangkak Racing Track sediada dengan penambahan litar motocross sebagai skop utama dan telah dilaksanakan oleh Kontraktor S.M Perusahaan Jaya (M) Sdn. Bhd. Skop kerja projek ini merangkumi:-

i. Pembinaan litar motocross sepanjang 940 meter
ii. Mekanikal starting gate untuk pelepasan perlumbaan sehingga 24 pelumba pada satu masa,
iii. Jalan dalaman sepanjang 860 meter,
iv. Bike washing bay,
v. Menara tinjau,
vi. Pintu pagar utama serta
vii. Satu lampu limpah.

Selain daripada komponen litar motocross, projek ini juga melibatkan kerja – kerja pembinaan Laluan berbumbung dan Tangga yang menghubungkan pentas utama (grandstand) ke bangunan paddock.

Projek ini turut berjaya disiapkan secara 4 dalam 1 iaitu :
1) Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
2) Lukisan Siap Bina
3) Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
4) Penjimatan kos dari Kos Siling ditetapkan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada JKR (D) Tangkak selaku Pegawai Penguasa, barisan WPP Pakar JKR Johor, HOPT dan HODT JKR, pihak Kontraktor S.M Perusahaan Jaya (M) Sdn. Bhd. serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan penyiapan projek ini.

#TogetherWeDeliver
#infrarakyat
#JasaKepadaRakyat

Lain-lain Berita