Bahagian Bangunan
KATA ALUAN
Jurutera Awam Penguasa Bangunan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam muafakat Johor.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan serta tahniah dan ucapan terima kasih kepada warga Bahagian Bangunan, JKR Johor yang telah berusaha dan memberikan bantuan bagi menghasilkan sebuah Laman Web Bahagian. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi yang telah memberikan ruang dan masa kepada kita dalam menyediakan kemudahan sebagai alternatif kepada para pelanggan khususnya dalam mendapatkan maklumat terkini mengenai Jabatan Kerja Raya, Negeri Johor.
Selain itu, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Penyelaras Laman Web , JKR Negeri Johor yang banyak memberikan tunjuk ajar dan maklumat dalam menghasilkan sebuah jentera maklumat yang tidak ternilai ini.
Saya mewakili Bahagian Bangunan,JKR Johor akan memastikan Laman Web Bahagian Bangunan, JKR Johor sentiasa memberikan informasi terkini, mesra pengguna dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua.
Sekian, terima kasih.
Ir. Aidi Bin Md. Salleh
Jurutera Awam Penguasa
Bahagian Bangunan
OBJEKTIF
- Merancang, menyelaras dan mengawasi pelaksanaan projek¬projek persekutuan dan negeri yang disalurkan kepada JKR Negeri.
- Melaksanakan kerja-kerja rekabentuk struktur bagi projek-projek yang baru.
- Menyelaras kemajuan perlaksanaan fizikal dan kemajuan kewangan projek-projek bangunan.
- Menyelaras kerja-kerja Penyelenggaraan bangunan Negeri dan beberapa bangunan Persekutuan.
- Memberi khidmat nasihat teknikal kepada Jabatan dan Agensi Kerajaan yang memerlukan.
PERKHIDMATAN
- Bertanggungjawab terhadap aspek pengambilan jawatan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat dan kemasukan dalam jawatan berpencen jabatan.
- Menyenggara dan mengemaskini data pegawai dan memproses permohonan perintah penempatan dan pertukaran pegawai.
- Bertanggungjawab ke atas hal ehwal perkhidmatan dan latihan kakitangan jabatan.
- Penyediaan perancangan, bentuk dan keperluan latihan untuk meningkatkan kemahiran profesionalisme serta kebolehan mengurus organisasi dengan lebih berkesan.
- Mengurus dan menyediakan bajet tahunan jabatan.
- Mengkaji sistem pengurusan kewangan dari semasa ke semasa bagi tujuan meningkatkan kecekapan jabatan dalam bidang pengurusan kewangan.
- Menguruskan aduan salah laku dan urusan tatatertib.
- Membangun dan menambahbaik sistem aplikasi berkomputer seperti yang dirancang dalam tempoh yang dipersetujui bersama pelanggan.
- Memastikan penyelenggaraan sistem aplikasi dilaksanakan secara berterusan dan sistem berfungsi dengan baik.
CARTA ORGANISASI
Akan dikemaskini
DIREKTORI
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Alamat:
Pejabat Pengarah Jabatan Kerja Raya,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Aras 4, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar,
79582 Iskandar Puteri
Johor Darul Ta’zim
Ketua Bahagian:
Ir. Aidi bin Md Salleh
Ketua Penolong Pengarah