Skip to content
  • +(607) 266 6987 / 6988
  • jkrjohor [at] jkr.gov.my
Portal Rasmi

JABATAN KERJA RAYA JOHOR

  • Laman Utama
  • Mengenai Kami 
    • Perutusan Pengarah
    • Profil JKR 
      • Timbalan Pengarah
      • Sejarah JKR
      • Visi, Misi & Objektif
      • Carta Organisasi
      • Pencapaian & Anugerah
    • Piagam Pelanggan
    • Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
    • Soalan Lazim (FAQ)
  • Perkhidmatan 
    • Bahagian 
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Bangunan
      • Bahagian Jalan
      • Bahagian Arkitek
      • Bahagian Kontrak & Ukur Bahan
      • Bahagian Rekabentuk Awam & Struktur
      • Bahagian Senggara Aset Negeri
    • Cawangan 
      • Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (CPAB)
      • Pasukan Projek Persekutuan Negeri Johor (PPPNJ)
      • Pasukan Projek Fasiliti Bangunan Sultan Iskandar (BSI)
      • Cawangan Kejuruteraan Elektrik
      • Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
      • Unit Tentera JKR Johor
    • Daerah 
      • Johor Bahru
      • Muar
      • Batu Pahat
      • Segamat
      • Kluang
      • Pontian
      • Kota Tinggi
      • Mersing
      • Tangkak
      • Kulai
  • Tawaran Iklan 
    • Iklan Tender
    • Iklan Sebut Harga
  • Aktiviti 
    • Berita Utama
    • Arkib Aktiviti
  • Direktori 
    • Pegawai Kanan
    • Kakitangan
    • Pautan JKR Negeri 
      • JKR Kedah
      • JKR Kelantan
      • JKR Kesedar
      • JKR Melaka
      • JKR Negeri Sembilan
      • JKR Pahang
      • JKR Perlis
      • JKR Pulau Pinang
      • JKR Perak
      • JKR Terengganu
      • JKR WP Kuala Lumpur
      • JKR WP Labuan
      • JKR WP Putrajaya
Menu
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami 
    • Perutusan Pengarah
    • Profil JKR 
      • Timbalan Pengarah
      • Sejarah JKR
      • Visi, Misi & Objektif
      • Carta Organisasi
      • Pencapaian & Anugerah
    • Piagam Pelanggan
    • Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
    • Soalan Lazim (FAQ)
  • Perkhidmatan 
    • Bahagian 
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Bangunan
      • Bahagian Jalan
      • Bahagian Arkitek
      • Bahagian Kontrak & Ukur Bahan
      • Bahagian Rekabentuk Awam & Struktur
      • Bahagian Senggara Aset Negeri
    • Cawangan 
      • Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (CPAB)
      • Pasukan Projek Persekutuan Negeri Johor (PPPNJ)
      • Pasukan Projek Fasiliti Bangunan Sultan Iskandar (BSI)
      • Cawangan Kejuruteraan Elektrik
      • Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
      • Unit Tentera JKR Johor
    • Daerah 
      • Johor Bahru
      • Muar
      • Batu Pahat
      • Segamat
      • Kluang
      • Pontian
      • Kota Tinggi
      • Mersing
      • Tangkak
      • Kulai
  • Tawaran Iklan 
    • Iklan Tender
    • Iklan Sebut Harga
  • Aktiviti 
    • Berita Utama
    • Arkib Aktiviti
  • Direktori 
    • Pegawai Kanan
    • Kakitangan
    • Pautan JKR Negeri 
      • JKR Kedah
      • JKR Kelantan
      • JKR Kesedar
      • JKR Melaka
      • JKR Negeri Sembilan
      • JKR Pahang
      • JKR Perlis
      • JKR Pulau Pinang
      • JKR Perak
      • JKR Terengganu
      • JKR WP Kuala Lumpur
      • JKR WP Labuan
      • JKR WP Putrajaya
ADUAN RAKYAT
Kata Aluan
Sejarah
Objektif & Fungsi
Carta Organisasi
Senarai KJMN Johor
Direktori
Kata Aluan

KATA ALUAN

 

KETUA JURUTERA MEKANIKAL NEGERI JOHOR

 

Assalamualamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera.

 

Sekalung Tahniah kepada Jawatankuasa Laman Web JKR Johor dan JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor yang telah berusaha memastikan supaya portal ini terus berperanan dalam menyalurkan maklumat kepada semua peringkat sama ada orang awam, kontraktor dan juga khususnya kepada warga kerja JKR sendiri.

 

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor berperanan memastikan infrastruktur dan kemudahan awam yang dipertanggungjawabkan berfungsi sepertimana yang ditetapkan.

 

Kami juga mempunyai visi untuk menjadi memberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

 

Oleh itu, kami komited dalam menyediakan dan menyelenggara sistem perkhidmatan mekanikal berkenaan dengan infrastruktur dan kemudahan awam bagi memenuhi keperluan pembangunan negara.

 

Akhir kata saya berharap semoga semua maklumat disalurkan melalui portal ini dapat membantu perkongsian yang lebih tepat dan cepat untuk rujukan semua pihak. 

 

Sekali lagi ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membangunkan portal ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Ir. Hisham bin Mokhtar

Ketua Jurutera Mekanikal Negeri

JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

Jabatan Kerja Raya

Negeri Johor.

 

Sejarah

SEJARAH PENUBUHAN

Pejabat ini ditubuhkan pada 1920 dan dikenali sebagai Woksyop JKR Negeri Johor. Ia bertujuan menyelenggara dan membaiki kenderaan, jentera dan loji JKR yang terlibat dalam infrastruktur pembangunan seperti pembinaan jalan raya, pembukaan tanah baru dan penyelenggaraan peralatan mekanikal bekalan air.

Selepas merdeka, aktiviti kuari yang membekalkan batu dan premix bagi membina jalan raya menjadi begitu aktif. Dua buah pusat kuari telah dibuka di Johor iaitu Kuari Lunchu di Masai, untuk menampung bekalan kuari ke bahagian selatan dan Kuari Bukit Mor di Parit Jawa Muar, untuk menampung bekalan ke bahagian utara. Selain kuari, jabatan ini juga mengawasi seluruh loji perbekalan air negeri sebelum dan selepas merdeka. Ketika itu, aktiviti penyenggaraan kenderaan, jentera & loji di woksyop menjadi sangat aktif. Namun, pada 1993, semua pusat perbekalan air negeri telah diswastakan diikuti penswastaan kedua-dua buah kuari pada 1995. Semenjak itu, aktiviti woksyop bagi menyenggara kenderaan, loji dan jentera berat telah mula bergerak perlahan.

Bermula awal 1990’an, aktiviti pembangunan infratruktur negeri mula menjadi aktif. Pembinaan dan pertambahan bangunan baru serta pembesaran pelbagai jabatan kerajaan telah bergerak dengan pesat terutama yang melibatkan bangunan pelajaran, kesihatan, penerangan dan sebagainya. Skop kerja perkhidmatan bangunan mula mengambil aih peranan utama dalam mencorakkan aktiviti teras JKR. Penggunaan pelbagai sistem peralatan mekanikal seperti lif, penyaman udara, pencegah kebakaran, pam penggalak air, gas cecair petroleum dan lain-lain lagi telah mengubah dasar dan strategi jabatan ini. Jika dahulunya kakitangan seperti Tukang dan Pekerja Mahir di bahagian pennyenggaraan kenderaan, loji dan jentera lebih mencorakkan urusan jabatan, keadaan telah berubah dimana kakitangan teknikal yang terdiri dari para Juruteknik, Pembantu Teknik serta Jurutera mula mengubah halatuju jabatan ke arah pengurusan projek dengan aktiviti pengawasan dan pemantauan infrastruktur pembangunan memainkan peranan menjadi antara nadi utama fungsi jabatan sehingga kini.

Ketika ini, penyenggaraan bangunan kerajaan dan pemeriksaan kenderaan kerajaan juga mula menjadi perkara penting. Pengeluaran arahan pekeliling supaya bangunan dan kenderaan kerajaan perlu dipastikan sentiasa terjaga dan berfungsi dengan baik telah menjadikan skop senggaraan mula diletakkan sebagai perkara utama yang perlu dititikberatkan dan beruapaya menjadi salah satu teras kerja utama bersama-sama Pengurusan Projek dan Pengurusan Woksyop yang telah sedia ada.

Sejak 1920 hingga 1965, Ketua Jabatan pejabat adalah di kalangan pegawai British. Pada 1965, ia diambil alih oleh rakyat Malaysia iaitu En. Yeo See Wang manakala En. Taufek Bin Abdul Hamid merupakan anak melayu pertama yang memegang jawatan ini ( 1967-1975 ). Ketua Jabatan yang paling lama berkhidmat ialah Ir. Govindasamy Babu ( 1986 – 2003 ) iaitu selama 17 tahun. Pada 1 Januari 2014, pejabat asal di Jalan Kebun Teh telah berpindah ke kawasan Nusantara, Gelang Patah dimana ketua jabatan yang terakhir di Jalan Kebun Teh dan juga yang pertama di bangunan pejabat baru ialah Ir. Malek Bin Hisham ( 2009-2014 ).  

Objektif & Fungsi

OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN

 

Perkhidmatan Perundingan Teknikal (Rekabentuk & Perolehan)

Ø  Merancang, merekabentuk dan mengurus perolehan bagi projek-projek kerajaan

Ø  Memberi khidmat nasihat teknikal kepada agensi kerajaan yang lain.

 

Pengurusan Projek (Pengurusan Tapak Bina Pemasangan Mekanikal)

Ø  Merancang, mengurus, menyelaras, menyelia serta mengawal peringkat pelaksanaan pembinaan projek mengikut, jangkamasa dan kos yang ditetapkan.

 

Pengurusan Fasiliti Aset (Pengurusan Penyelenggaraan Fasiliti Mekanikal)

Ø  Melaksanakan kerja-kerja senggara bagi peralatan Mekanikal mengikut piagam pelanggan dan program senggara yang ditetapkan dengan peruntukan yang disediakan oleh jabatan pelanggan.

Ø  Memberi khidmat perundingan teknikal berkaitan dengan pengurusan penyelenggaraan Mekanikal kepada agensi kerajaan yang lain.

 

Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI

 

Untuk imej beresolusi tinggi bagi carta organisasi sila klik pautan berikut :

Carta Organisasi JKR CKM Johor

Senarai KJMN Johor

SENARAI KJMN JOHOR

1

CAPT. ROBERT EVES, MAR.E. 

1920 –1930

2

ALEXANDER HENRY COUSER, B.SC; A..M.I.C.E. 

1930 – 1934

3

HENRY HERBERT BROWN

1934 – 1935

4

A. NELSON

1935 – 1946

5

R.J. LEAMAN

1947 – 1949

6

C.W.A. RUSSELL, ASSOC M. INT. M.E. 

1950 – 1952

7

J.A. HALL    

1953 – 1955

8

R.R.O. GERMER

1956 – 1957

9

K.W. WARD

1958 – 1960

10

WILFRED LUMSDALE DAVISON

1961 – 1963

11

G. WARD

1963 – 1965

12

YEO SEE WANG

1965 – 1966

13

M. THARMALINGAM  

1966 – 1967

14

MOHD TAUFEK BIN ABD. HAMID

1967 – 1975

15

K.G. BALARAMAN

1975 – 1981

16

S. SIVAPATHASUNDRAM

1981 – 1984

17

S. DORAISINGAM 

1984 – 1986

18

Ir. GOVINDASAMY BABU

1986 – 2003

19

ABD. RAHIM BIN AHMAD  

2003 – 2004

20

Tn. Hj. JALALLUDDIN BIN AHMAD

2005 – 2006

21

Tn. Hj. ABDUL RAHIM BIN AHMAD

2006 – 2007

22

Tn. Hj. JALALLUDDIN BIN AHMAD

2007 – 2008

23

Ir. MALEK BIN HISHAM

2009 – 2014

24

 Ir. AHMAD RIDZAUDDIN BIN IBRAHIM

2015 -2016

25

Ir. MALEK BIN HISHAM

2017 – 2020

26

Ir. MOHAMMAD NAZRI BIN SULAIMAN

2020 – 2022

26

Ir HISHAM BIN MOKHTAR

2022 – KINI

Direktori

DIREKTORI PEJABAT

 

KETUA JURUTERA MEKANIKAL NEGERI JOHOR

Jabatan Kerja Raya

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor

Kompleks JKR Johor 2, Taman Nusantara

81550, Gelang Patah, Johor Bahru, Johor.

 

         Telefon             : 07-5102414/5102415

         Faks                 : 07-5102416

         Portal Rasmi    : jkr.johor.gov.my

         E-mel               : jkrjohor@johor@gov.my

 

Aktiviti / Program

PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN JKR CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL NEGERI JOHOR

26 January 2023

TAKLIMAT MyPortfolio BAGI PERSEDIAAN KEMASUKAN KE SISTEM HRMIS, JKR CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL NEGERI JOHOR

17 January 2023

TAKLIMAT PERANAN ID SISTEM PENGURUSAN PEROLEHAN & PEMANTAUAN KERJA (S3PK)

16 January 2023

LAWATAN PRA AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN TAHUN 2023

15 January 2023

Lawatan Kerja Pengarah Rekabentuk Cawangan Kejuruteraan Mekanikal ke Tapak Projek Kompleks Penyayang Kempas, Johor Bahru, Johor

11 November 2022

Majlis Sambutan Maulidur Rasul s.a.w Peringkat JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor

10 November 2022

Pautan Penting

  • Penafian
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Bantuan
  • Data Set
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman

Pengiktirafan

Hubungi Kami

  • JABATAN KERJA RAYA JOHOR
  • Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Ta'zim
  • +(607) 266 6987 / 6988
  • +(607) 266 1623 / 1624
  • jkrjohor [at] jkr.gov.my

“Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan”

https://jkr.johor.gov.my/wp-content/uploads/2022/11/Visi-Dituju-Video-Lagu-JKR-Malaysia.mp3

Hak Cipta Terpelihara © 2022 Jabatan Kerja Raya Johor. Dibangunkan oleh JK Portal JKR Johor