Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
(CPAB Johor)
KATA ALUAN
Jurutera Penguasa Kanan CPAB Johor
Saya terlebih dahulu mengucapkan syabas dan tahniah kepada webmaster kerana menyediakan laman page untuk Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu JKR Johor.
Walaupun laman ini adalah sebahagian dari laman web induk JKR Johor, tetapi ia memainkan peranan penting untuk memberi maklumat aktiviti dan fungsi Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu JKR Johor kepada orang ramai.
Diharapkan pada masa akan datang laman ini dapat memberi impak yang lebih berkesan khususnya penyampaian perkhidmatan Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu Johor dan juga JKR Negeri Johor.
Kerjasama pegawai dan kakitangan Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu JKR Johor dalam menjayakan dan mewujudkan laman web ini adalah sangat-sangat dihargai.
Selamat maju jaya.
Ir. Haji Mohd Isa bin Sulaiman
Jurutera Awam Penguasa Kanan
Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu
Jabatan Kerja Raya Johor
OBJEKTIF
Memberi khidmat sokongan kepada Pengurusan Atasan dan orrganisasi JKR Johor dalam merancang, melaksana, memantau projek dan kemudahan awam yang dipersetujui dengan memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut:-
Pengurusan Aset Bersepadu
- Memastikan aset infrastruktur berfungsi dengan sempurna, selamat dan selesa.
- Mengekalkan kefungsian aset infrastruktur bagi memenuhi ciri-ciri teknikal dan ekonomi untuk mencapai nilai kos pusingan hayat yang optimum (Optimum Life Cycle Cost).
- Memastikan perkhidmatan pengurusan projek dan penyenggaraan aset infrastruktur yang cemerlang, kos berkesan dan memenuhi keperluan pelanggan.
Pengurusan Korporat
- Menyelaras Pelaksanaan Perancangan Strategik dan Pelan Bisnes jabatan untuk pencapaian prestasi dan perkhidmatan JKR selaras dengan Visi dan Misi Jabatan.
- Menyelaras Pelaksanaan KPI Jabatan bagai memastikan perancangan jabatan dapat dicapai sepertimana yang telah ditetapkan oleh pengurusan tertinggi.
- Menyelaras serta pemantauan pelaksanaan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) yang merangkumi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015, Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) MS ISO 14001:2015, Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) OHSAS 18001:2007 dan Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) MS ISO 50001:2011.
- Meningkatkan kualiti penyampaian jabatan dengan kawalan dan pemantauan prosedur kualiti, kualiti pelaksanaan dan kualiti produk secara berkesan disamping menggalakkan inovasi dan kreativiti melalui KIK dan insentif kualiti.
- Merancang dan melaksanakan program pembangunan dan latihan bagi meningkatkan tahap kompetensi kakitangan selain bertanggungjawab ke atas hal ehwal perkhidmatan dan latihan kakitangan jabatan.
- Memastikan keperluan latihan adalah untuk meningkatkan kemahiran profesionalisme serta kebolehan mengurus organisasi dengan lebih berkesan.
- Mempromosikan dasar, program dan aktiviti Jabtaan secara menyeluruh ke arah pembentukan imej yang positif melalui perancangan promosi dan publisiti yang strategik dan berkesan.
- Sebagai Pusat Maklumat JKR meliputi pengurusan data berpusat, pelaporan, pengurusan aduan dan perolehan Khidmat Professional luar.
FUNGSI
Unit Pengurusan Portfolio (PMO)Perancangan Strategi Pengurusan Aset Jalan Dan Bangunan Persekutuan
Audit Penerimaan Aset Jalan Dan Bangunan Persekutuan Memastikan penerimaan aset menepati piawaian, kehendak keselamatan, fungsi yang ditetapkan dan boleh disenggara dengan berkesan Audit Penerimaan Tanggungjawab Operasi Dan Penyelenggaraan Aset Pelanggan
Membuat Pendaftaran Aset Jalan Dan Bangunan Persekutuan
Menjalankan Operasi Dan Penyenggaraan Aset Jalan Dan Bangunan Persekutuan Memastikan operasi dan penyenggaraan aset dapat dilaksanakan dengan sistematik dan komprehensif dengan mengambil kira perancangan aktiviti dan belanjawan tahunan yang diperuntukkan Melaksanakan Penilaian Keadaan/ Prestasi Aset Jalan Dan Bangunan Persekutuan
Membuat Perancangan Dan Melaksana Kerja Pemulihan/ Ubahsuai/ Naiktaraf
Membuat Pelupusan Aset Jalan Dan Bangunan Persekutuan
| Unit Pengurusan & Komunikasi Korporat (UPKK)Perancangan Strategik dan Prestasi
Pengurusan Kualiti & Sistem Bersepadu
Pembangunan Latihan & Kompetensi
Pengurusan Aduan
Pengurusan Tadbir Urus Media Digital
|
CARTA ORGANISASI
Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB)
Sedang dikemaskini
DIREKTORI
Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB)
Alamat:
Pejabat Cawangan Perancangan Aset Bersepadu,
Jabatan Kerja Raya Johor,
Aras 3, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar,
79582 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim
Ketua Bahagian:
Ir. Haji Mohd Isa bin Sulaiman
Jurutera Awam Penguasa Kanan