AUDIT PEMATUHAN SIRIM 2015

IMG-20151214-WA0009

Audit Pematuhan Sirim 2015 telah diadakan di Bahagian Arkitek JKR Johor pada hari Isnin, 14 Disember 2015. Majlis pembukaan audit telah dipengerusikan oleh En Mohamad Fairus Bin Salam, Penolong Pengarah Arkitek J41 manakala wakil dari pihak Sirim pula ialah En Mohd Azrul Bin Hassan. Proses audit tersebut di ketuai oleh Pn Norizah Bt Mohd Yusof, Penolong Pengarah Arkitek J41, dan di sertai semua kakitangan Bahagian Arkitek JKR Johor.

PENYERAHAN MASJID KG. TUI, MUAR, JOHOR - 02.11.2015

12183868 922367361182718 5102244525368753060 o

Majlis penyerahan Masjid Kg. Tui, Muar, Johor telah diadakan pada 02 November 2015. Masjid tersebut dibina dengan peruntukan sebanyak 2.1 juta dan boleh memuatkan seramai 500 Jemaah. Kumpulan Rekabentuk yang terlibat ialah KPP (Arkitek) Ar. Mohamad Nazli Bin Ramli, Pen. Pengarah (Arkitek) En Ahmad Samhan Bin Md Omar, Pn Norizah Binti Mohd Yusof, (Pen. Pegawai senibina) Hjh Kamariah Binti Ithnin, (Pelukis Pelan Kanan) Hj Mohd Rawan Bin Mohd Yusof. Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga masjid yang dibina memberi manfaat untuk seluruh alam.

 

PN NORLIANA BINTI ALI - Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 (Negeri)

apc 2015 kak ana

Sekalung tahniah kepadaPn Norliana Binti Ali, Penolong Pegawai Senibina JA29, yang terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 (Negeri). Majlis Penganugerahan telah berlangsung pada 27 Julai 2015 di Persada International Convention Centre, Johor Bahru, Johor. Tema Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 ialah 'Warga Cemerlang Peneraju Transformasi'. Semoga beliau terus berjaya dan berjaya dunia akhirat. Aamiin

LAWATAN TEKNIKAL KE KILANG SUNWAY PAVING SOLUTIONS SDN. BHD - 17.06.2015

1

Pada 17.06.2015 satu lawatan kekilang Sunway Paving Solutions Sdn. Bhd di Senai, Johor telah diadakan dengan jayanya. Seramai 24 orang kakitangan JKR Johor yang menyertai lawatan tersebut. Rombongan tersebut di ketuai oleh Penolong Pengarah (Arkitek) En Ahmad Samhan Bin Omar. Lawatan tersebut di adakan adalah untuk menambah pengetahuan dan pendedahan tentang bahan dan produk 'Interlocking Tiles' terkini yang di keluarkan oleh Sunway Paving. Semoga segala ilmu yang di perolehi bermanfaat untuk semua kakitangan.

Mohamad Fairus Bin Salam - Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 (Persekutuan)

en pai APC web

Sekalung tahniah kepada En Mohamad Fairus Bin Salam, Penolong Pengarah (Arkitek) J41, yang terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014. Majlis Penganugerahan telah berlangsung pada 05 Jun 2014 di Dewan Tan Sri Mahfodz Jabatan Kerja Raya Malaysia. Tema Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 ialah 'Pekerja Hebat, Prestasi Meningkat'. Semoga beliau terus berjaya dan berjaya dunia akhirat. Aamiin

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 11 Disember 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web