Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Perkhidmatan Negeri

IMG 4385Tahniah kepada En Ahmad Samhan Bin Omar, Penolong Pengarah Arkitek J44, Bahagian Arkitek JKR Johor kerana telah dipilih untuk menerima anugerah di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 bagi kakitangan Negeri dan majlis telah di adakan di salah sebuah Hotel di Johor Bahru. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Ir. Haji Abu Bakar Bin Ahmad, Pengarah Kerja Raya Johor. Semoga beliau terus berjaya dan berjaya dunia akhirat.

Majlis Perpisahan Arkitek J41 - Pn Nor Najmah Bte Ramli

Tahniah kepada Pn Nor Najmah Bt Ramli, Penolong Pengarah (Arkitek) J41 -CFS yang akan melapor diri di JKR Ibu Pejabat Kuala Lumpur dengan jawatan baru beliau iaitu sebagai Penolong Pengarah Arkitek J41 tetap pada 7 March 2014. Semoga beliau akan terus berjaya walau dimana beliau berada dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya.

Kumpulan Inno Archi meraih tempat ke-3 KIK 2013

19.11.2013 - KUMPULAN INNO ARCHI TELAH MEMENANGI TEMPAT KE-3 KONVENSYEN KREATIF & INOVATIF 2013 JKR MALAYSIA

Tahniah kepada Kumpulan Inno Archi, Bahagian Arkitek, JKR Johor yang telah memenangi tempat ke-3 kategori Pengurusan di Konvensyen Kreatif & Inovatif (KIK), sempena Hari Inovasi 2013 JKR Malaysia yang telah di adakan di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan pada 17-19 November 2013. Tempat ke-3 membawa pulang plak dan RM 500. JKR Negeri Johor telah menghantar dua kumpulan iaitu kumpulan Inno Archi dari Bahagian Arkitek yang mempertaruhkan 'E-Masjid Piawai JKR Johor' untuk kategori Pengurusan manakala kumpulan Inspire dari JKR Daerah Pontian pula mempertaruhkan 'Pontian Jack Door' untuk kategori Teknikal yang membawa pulang hadiah saguhati. Majlis turut disampaikan juga Anugerah Inovasi, JKR Daerah Mersing telah memenangi tempat ke-2 yang telah mempertaruhkan inovasinya 'Easy Speed Limit'. Hadiah-hadiah telah di sampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia Dato' Seri Ir Hj Mohd Noor b. Yaacob seterusnya menutup majlis tersebut.

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 10 Jun 2019.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web