Lawatan Teknikal Dan Jejak Warisan Ke Pulau Pinang

21a

Satu lawatan teknikal dan jejak warisan ke Pulau Pinang anjuran Bahagian Arkitek JRK Johor telah berjaya di adakan pada 28 hingga 30 April 2015. Seramai 32 orang kakitangan JKR Johor telah mengikuti lawatan tersebut. Lawatan tersebut diadakan adalah untuk mendedahkan kakitangan Bahagian Arkitek Khasnya dalam rekabentuk senibina masjid di Pulau Pinang. Di samping itu dapat bertukar pendapat serta berkongsi ilmu berkaitan konservasi bangunan dari kakitangan Bahagian Arkitek JKR Pulau Pinang. Semoga Lawatan ini dapat memberi manfaat kepada semua kakitangan JKR Johor.

SELAMAT DATANG KEPADA KPP Arkitek Ar. MOHAMAD NAZLI BIN RAMLI

en nazli

Selamat datang kepada Ketua Penolong Pengarah Arkitek yang baru Ar. Mohamad Nazli Bin Ramli ke Bahagian Arkitek JKR Johor pada 16 Disember 2014. Kami warga Bahagian Arkitek JKR Johor dengan rasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran beliau di sini dan kami akan menyokong sepenuhnya atas segala khidmat yang beliau berikan. Semoga beliau dapat memberi khidmat dan menjadi ketua yang terbaik untuk Bahagian Arkitek JKR Johor khasnya dan JKR Johor amnya.

Salam perpisahan buat KPP Arkitek

IMG 7776160498178

Tahniah buat Hjh Zabidah bte Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Arkitek J52 atas kenaikkan pangkat ke J54 dan akan berpindah ke JKR Cawangan Bangunan Am, Menara PJD, Kuala Lumpur mulai 15 Disember 2014. Terima kasih atas jasa-jasa dan kidmat yang telah beliau berikan selama bertugas di Bahagian Arkitek. Kami warga Arkitek mendoakan semoga beliau di kurniakan kesihatan yang berpanjangan dan berjaya dunia akhirat, inshaAlloh Aamiin.

 

Lawatan ke Kilang White Horse - 12.08.2014

a

Pada 12.08.2014 satu lawatan kekilang jubin White Horse di Pasir Gudang, Johor telah diadakan dengan jayanya. Seramai 26 orang kakitangan JKR Johor yang menyertai lawatan tersebut. Rombongan tersebut di ketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Arkitek Hjh Zabidah Binti Ahmad. Lawatan tersebut di adakan adalah untuk menambah pengetahuan dan pendedahan tentang bahan dan produk jubin terkini yang di keluarkan oleh White Horse. Semoga segala ilmu yang di perolehi bermanfaat untuk semua kakitangan.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Perkhidmatan Persekutuan

IMG 4675Tahniah kepada Pn Nor Hazariah Binti Ahmad, Penolong Pegawai Senibina JA29, Bahagian Arkitek JKR Johor kerana menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 bagi kakitangan Persekutuan. Majlis penerimaan anugerah tersebut telah berlangsung pada Jun 2014 di Dewan Tan Sri Mahfodz Jabatan Kerja Raya Malaysia. Semoga beliau dapat mengekalkan prestasi kerja dan terus berjaya dengan kerjaya beliau.

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 10 Jun 2019.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web