Fungsi

  1. Menyediakan rekabentuk atau lukisan-lukisan lakar / persembahan bagi cadangan bangunan - bangunan baru / ubahsuai untuk projek bangunan kerajaan dan masjid seperti yang dikehendaki oleh kerajaan negeri.
  2. Menyediakan rekabentuk untuk apa jua yang dirancangkan oleh kerajaan negeri umpama pintu-pintu gerbang, pentas-pentas, astaka, pagar berhias, dan
    perabot-perabot.
  3. Menyediakan lukisan kerja senibina yang lengkap termasuk butiran-butiran (complete working drawings) untuk bil. 1 dan 2 yang telah dipersetujui untuk kegunaan tawaran, termasuk kerja ukur-mengukur bangunan sediada untuk projek pemulihan semula dan ubahsuai bangunan-bangunan tertentu.
  4. Berbincang dan menyemak lukisan-lukisan dengan bahagian-bahagian lain seperti JKR Elektrik, JKR Woksyop, bagi menentukan kemudahan-kemudahan dan kehendak-kehendak teknikal untuk sesuatu projek bangunan.
  5. Berhubung dengan pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Bomba, Jabatan Talikom dan Pejabat Keselamatan Negeri untuk nasihat dan keperluan teknikal yang dikehendaki bagi sesuatu projek bangunan.
  6. Menguruskan pembinaan projek-projek bangunan yang utama seperti bangunan-bangunan Istana, Pejabat dan Mesjid Utama disekitar bandar Johor Bahru.
  7. Bekerjasama dengan Bahagian Ukur Bahan JKR Johor dalam menyediakan dokumen-dokumen tawaran dan seterusnya menguruskan pembayaran bagi projek-projek dibawah penyediaan Bahagian Arkitek.
  8. Memanggil sebutharga untuk kerja-kerja kecil dan utama dan menguruskan perlaksanaannya ditapak hingga siap.
  9. Menguruskan lukisan-lukisan piawaian yang diterima dari JKR Ibu Pejabat Kuala Lumpur untuk dicitak dan diedarkan kepada semua Pejabat JKR Daerah-daerah untuk kegunaan mereka memanggil tawaran bagi projek-projek persekutuan seperti Klinik, Pusat Kesihatan, Pejabat-Polis dan Sekolah-sekolah.
  10. Mengendalikan urusan merekod, menyimpan serta mengawal lukisan-lukisan asal dan piawai bagi bangunan kerajaan negeri dan persekutuan lebih daripada 20,000 keping disamping kerja-kerja mencetak pelan.
  11. Membimbing dan membantu pelatih-pelatih dari Institusi- institusi Pelajaran Tinggi yang membuat latihan dalam lukisan senibina atau binaan bangunan.
  12. Mengemaskini dan menyimpan sampel-sampel bahan binaan dan katalog-katalog sebagai rujukan serta maklumat teknikal.

qr code laman web jkr johor

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Ta'zim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 19 September 2019.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web