Profil

Bahagian Pengurusan Korporat JKR Johor terletak di Aras 5, Ibu Pejabat JKR Negeri Johor Darul Ta'zim dan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah serta dibantu 2 orang Penolong Pengarah Kanan dan 15 orang kakitangan.

Tujuan utama penubuhan bahagian ini adalah untuk membantu pengurusan JKR Johor kearah melaksanakan tanggungjawab sebagai bahagian yang membantu menaikkan imej korporat JKR Johor amnya serta mengkoordinasikan segala bentuk maklumat dalam merencanakan segala bentuk perlaksanaan sejajar misi dan visi Jabatan Kerja Raya Malaysia.

OBJEKTIF CAWANGAN PENGURUSAN KORPORAT

Memberi khidmat sokongan kepada Pengurusan Atasan dan orrganisasi JKR Johor dalam merancang, melaksana,memantau projek dan kemudahan awam dari segi jangka kos, jangka masa dan rupa bentuk yang dipersetujui dengan memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut:-

i) Penyelarasan serta pemantauan pelaksanaan yang sistematik dan berkualiti dengan menggunakan sistem kerja, teknologi perhubungan serta sumber maklumat yang terkini.

ii) Pembangunan dan Pengurusan sistem kerja serta sumber manusia yang terancang.

iii) Belanjawan Serta kemudahan pelbagai yang cekap dan berkesan

FUNGSI CAWANGAN PENGURUSAN KORPORAT

  • Merancang keperluan sumber manusia Jabatan dan struktur organisasi yang berkenaan.
  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan personel.
  • Meningkatkan prestasi dan kompetensi anggota secara berterusan.
  • Menguruskan soal perkhidmatan bagi anggota dengan berkesan.
  • Mengurus, mengawal dan menyelaras sumber kewangan Jabatan dengan cekap dan teratur supaya selaras dengan peraturan-peraturan Kewangan.
  • Memberi khidmat sokongan kepada semua Cawangan/Bahagian berkaitan dengan segala hal urusan kewangan dan belanjawan.
  • Membangun dan mengurus selia pengurusan dan teknologi maklumat yang berkesan sebagai input kepada pihak pengurusan dalam menggubal dasar dan mengatur strategi bagi mempertingkatkan taraf kemudahan awam
  • Membudayakan penggunaan ICT dikalangan anggota JKR ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan urusan rasmi jabatan
  • Mempromosikan dasar, program dan aktiviti Jabtaan secara meyeluruh ke arah pembentukan imej yang positif melalui perancangan promosi dan publisiti yang strategik dan berkesan.
  • Memberikan perkhidmatan sokongan pentadbiran yang efisyen dan cekap kepada Cawangan/Bahagian di Jabatan Kerja Raya di dalam urusan berkaitan Keurusetiaan Mesyuarat dan Jawatankuasa Utama Jabatan, Pentadbiran Pejabat dan Perkhidmatan Sokongan, Pengurusan Aset Jabatan dan Urusan Keselamatan

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 11 Disember 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web