Program Mentor Menti JKR Johor

IMGP4139Gelang Patah, 24hb Jun - Program Mentor Menti JKR Johor telah berjaya mencapai misi dan visi JKR Johor untuk lebih mengenalpasti setiap permasalahan kerja untuk ditambahbaik dan dipraktikkan untuk kegunaan harian. Program Mentor Menti JKR Johor berjaya mengumpulkan lebih 13 buah kumpulan yang diketuai oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Mentor diikuti anggota kumpulan yang dikategorikan sebagai Menti. Pelbagai tajuk telah dibentangkan dengan diadili oleh Panel Penilai iaitu Puan Norayah Binti Bakri, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Korporat. Antara yang menyertai adalah YBhg. Dato' Pengarah sebagai Mentor dan Timbalan Pengarah serta KPP Pengurusan sebagai Menti.

Selanjutnya

Selamat Datang ke Bahagian Pengurusan Korporat JKR Johor

Bahagian Pengurusan Korporat JKR Johor mengucapkan Selamat Datang kepada Encik Azmil Shah Bin Aziz, Penolong Jurutera Awam JA29 yang telah melaporkan diri pada 25hb Mei 2014. Encik Azmil Shah Bin Aziz ditukarkan dari Bahagian Bangunan JKR Johor ke Bahagian Pengurusan Korporat adalah untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan selain membantu Unit Pengurusan dan Pemantauan Projek.

Semoga kedatangan Encik Azmil Shah Bin Aziz dapat membantu menambahbaik dan memberi idea dalam menaikkan nama Bahagian dan Jabatan.

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 11 Disember 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web