Program Mentor Menti JKR Johor

IMGP4139Gelang Patah, 24hb Jun - Program Mentor Menti JKR Johor telah berjaya mencapai misi dan visi JKR Johor untuk lebih mengenalpasti setiap permasalahan kerja untuk ditambahbaik dan dipraktikkan untuk kegunaan harian. Program Mentor Menti JKR Johor berjaya mengumpulkan lebih 13 buah kumpulan yang diketuai oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Mentor diikuti anggota kumpulan yang dikategorikan sebagai Menti. Pelbagai tajuk telah dibentangkan dengan diadili oleh Panel Penilai iaitu Puan Norayah Binti Bakri, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Korporat. Antara yang menyertai adalah YBhg. Dato' Pengarah sebagai Mentor dan Timbalan Pengarah serta KPP Pengurusan sebagai Menti.

Setiap peserta kumpulan perlu membuat pembentangan khusus mengenai kajian yang dibuat berdasar tajuk. Perkara yang boleh digunakan dan tidak boleh digunakan sebagai salah satu pin point dalam pembentangan tajuk. Komen menarik dari panel penilai antaranya mempertikaikan kesungguhan mendalam ujikaji tersebut yang perlu diperincikan dengan lebih jelas bagi kefahaman semua pihak dan secara tidak langsung ianya akan digunapakai oleh semua bahagian dan daerah.

Program tersebut telah diadakan di Pusat Latihan JKR Johor di Gelang Patah dan sesi penyampaian Sijil Penghargaan telah disampaikan oleh Puan Norayah Binti Bakri. Bahagian Pengurusan Korporat mengucapkan terima kasih kepada peserta atas komitmen yang tinggi dalam menyediakan dan perjalanan program Mentor Menti ini dan semoga ianya dapat diteruskan pada masa akan datang.

photoicon

Sumber Foto: Unit Media JKR Johor

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 10 Jun 2019.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web