Kata Aluan KPP Pengurusan Sumber Manusia

Sekapur Sireh,

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada mereka yang banyak memberikan sumbangan, sokongan dan komitmen yang tinggi sama ada secara langsung atau secara tidak langsung untuk penambahbaikan laman web ini khususnya laman web Bahagian Pengurusan (Pentadbiran) JKR Negeri Johor.

Dunia masa kini dikuasai oleh teknologi dan perkembangan semasa yang sentiasa mencabar, pengurusan maklumat yang baik dan terkini menyebabkan seseorang itu terhadapan dari orang yang lain. Maklumat kini mudah tercapai melalui pencapaian internet bagi mengetahui perkembangan sama ada berbentuk negatif atau positif.

Penjawat Awam penting menguasai dunia ilmuperkhidmatan dan ilmu bidang pekerjaan masing-masing serta mengetahui perkembangan atau bahagian yang mereka duduki, oleh yang demikian setiap Penjawat Awam perlu ada ilmu untuk mengakses laman web yang berkaitan bagi mengetahui perkembangan semasa.

Perkembangan semasa menyebabkan pelanggan lebih menghendaki perkhimatan yang cemerlang dari Penjawat Awam. Aduan Awam kini disalurkan terus kepada kerajaan dan bukan kepada Penjawat Awam walaupun terdapat salurannya seperti Biro Pengaduan Awam dan Audit Dalam. Aduan ini berpunca dari kurangnya komunikasi atau kurangny amaklumat mengenai peranan jabatan yang berkenaan yang boleh diberikan kepada penjawat awam, Penjawat Awam tidak perlu merasa sensitif atau berkecil hati jika mendapat aduan yang tidak berasas. Malahan Penjawat Awam perlu sentiasa mengambil langkah memperbaiki mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

Dengan adanya laman web ini, ianya akan dapat memudahkan dan mempercepatkan segala urusan Jabatan secara maya khususnya dalam menyebarkan maklumat dan aktiviti-aktiviti Jabatan kepada pelanggan.

Tn Hj. Abdul Jalil Bin Othman
Ketua Penolong Pengarah Pengurusan

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 07 Oktober 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web