Kata Aluan KPP Ukur Bahan

kpp

Bismillahirrahmanirrahim,

Selamat datang ke Laman Web Jabatan Kerja Raya Negeri Johor.

Syukur kehadrat Allah S.W.T, Bahagian Ukur Bahan JKR Johor juga diberi kesempatan dan peluang untuk sama-sama menjayakan laman web JKR Johor ini. Dengan ini membuktikan Bahagian Ukur Bahan, JKR Johor telah melangkah setapak lagi ke hadapan bagi bersama-sama menyahut seruan kerajaan di dalam memperkembangkan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) di dalam urusan seharian jabatan.

Laman Web Rasmi ini direka untuk memudahkan para pengguna TERUTAMA PIHAK KONTRKATOR UNTUK mendapatkan maklumat mengenai jabatan dan bahagian. Tajuk-tajuk utama dikenalpasti dan disusun untuk memudahkan pengguna. Info-Info Kontrak dan Sebutharga juga boleh diperolehi melalui laman web ini.

Saya bagi pihak Bahagian Ukur Bahan juga mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk menambahbaik laman web ini khususnya untuk Bahagian Ukur Bahan JKR Johor. Penambahbaikan adalah sangat penting bagi memastikan Laman Web JKR Johor dapat menjadi satu platform yang berguna untuk setiap lapisan masyarakat.

Jika terdapat sebarang kemusykilan, para pengguna digalakkan untuk berhubung terus kepada pegawai-pegawai di Bahagian Ukur Bahan JKR Johor melalui Direktori Pegawai yang disediakan.

Akhirnya diucapkan terima kasih kerana sudi mengunjungi dan memanfaatkan Laman Web ini.

SR. HJH. NORAINI BINTI OTHMAN
KETUA PENOLONG PENGARAH (UKUR BAHAN),
JKR NEGERI JOHOR.

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 11 Disember 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web