Perutusan Pegawai Aset
Bismillahirrahmanirahim,
Syukur alhamdulillah, akhirnya kolum PPPNJ dapat dilancarkan jua. Walau pun agak terlewat tetapi saya berpendapat langkah ini adalah satu langkah yang amat baik untuk menghadapi zaman yang serba pesat dan semakin canggih.
Terlebih dahulu saya ingin merakam ucapan terima kasih kepada Pengarah Kerja Raya Johor dan Ketua Arkitek JKR Johor selaku Pengerusi Laman Web Rasmi JKR Johor kerana memberi kepercayaan kepada Bahagian ini untuk mengurus laman web rasminya sendiri.
Laman Web ini diharapkan dapat memberi maklumat terutamanya berkaitan dengan pengurusan aset dan stor dan juga sebagai sebahagian daripada usaha JKR Negeri Johor ke arah mewujudkan pengurusan kualiti menyeluruh dan untuk menjadikan IT sebagai budaya kerja dalam meningkatkan produktiviti, kualiti dan kuantiti.
Melalui laman web ini juga, saya berharap dapat membantu warga JKR Johor khususnya dan semua pengunjung amnya untuk mendapatkan petikan pekeliling-pekeliling berkaitan pengurusan aset dan stor serta yang mana berkaitan dengan arahan dan peraturan Kerajaan yang masih berkuatkuasa sebagai bahan rujukan.
Akhirnya, saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan dari warga JKR Johor dan semua pengunjung untuk menjadikan laman web ini lebih menarik untuk dilayari dan lebih berinfomasi.
Sekian, terima kasih.
Ir. Haji Alias Bin Md. Zain
Jurutera Awam Penguasa Kanan
Pasukan Projek Persekutuan Negeri Johor