Unit Pengurusan Fasiliti Negeri

1. Bertindak sebagai pegawai perhubungan kepada Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) dalam memantau pelaksanaan Pengurusan Aset Menyeluruh oleh JKR dan agensi-agensi kerajaan di peringkat Negeri.

2. Memberi khidmat perundingan dan nasihat teknikal kepada organisasi dalam pengurusan aset tak alih Kerajaan di peringkat Negeri dan Daerah.

3. Memberi khidmat latihan kompetensi dalam Pengurusan Aset Menyeluruh (PAM), Tatacara Pengurusan Tak Alih (TPATA), Kontrak Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan dan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) JKR - Pengurusan Penyenggaraan kepada kakitangan di peringkat Negeri dan Daerah.

4. Memantau pengemaskinian daftar, rekod dan data aset tak alih melalui sistem pengurusan aset tak alih (mySPATA) termasuk lukisan siap bina, Manual Operasi dan Penyenggaraan, dan lain-lain di peringkat JKR Negeri dan Daerah.

5. Menyelaras dan memantau proses penyediaan Pelan Pengurusan Aset (PPA) dan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) Tahunan di peringkat JKR Negeri dan Daerah.

6. Menyelaras dan memantau program audit dalaman sepertimana dalam Pekeliling Am Bil.2 Tahun 2012 di peringkat JKR Negeri dan Daerah.

7. Menyelaras dan memantau program penilaian prestasi dan keadaan aset tak alih (bangunan dan infrastruktur) di peringkat JKR Negeri dan Daerah.

8. Menyelaras dan memantau kerja-kerja penyiasatan terhadap permasalahan teknikal (kerosakan, kehilangan / hapus kira) aset tak alih dan komponen-komponen di peringkat JKR Negeri dan Daerah.

9. Membantu Pengarah JKR Negeri dalam mengurus pelantikan Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset Tak Alih Kerajaan, Ahli Jawatankuasa Penyiasat (Kehilangan / Hapus Kira) dan Panel Penilai Teknikal yang dibawah bidang kuasa Pengarah JKR Negeri.

10. Mengurusetiakan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Aset Tak Alih di peringkat JKR Negeri dan Daerah;

11. Menyediakan pelaporan terhadap maklumat pendaftaran, perancangan, perbelanjaan, aktiviti operasi dan penyenggaraan serta pelupusan aset di bawah kawalan JKR Negeri.

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim
Tingkat 4, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, 79582 Johor Darul Takzim
Telefon : 07-2666987/6988 | Faks : 07-2661623/1624 | E-mel : jkrjohor@johor.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2016 Laman Web Rasmi JKR Johor.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366 x 768 pixels. 

  • Tarikh Kemaskini: 07 Oktober 2018.

     

FB Twitter Newsfeed Youtbe

Peralatan web